Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Wednesday, February 25

Rahsia Di Dalam Ais


Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia". Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Tuesday, February 24

Aku Berdoa..

Penat sikit datang keje hari ni, baru balik dari kampung semalam, saje ziarah orang tua. Q.. baiknya dia.. jadi point posting aku hari ni. Apa eh aku nak cerita sebenarnya, cam ni, aku kan tak pernah lagi lah jumpa dengan manusia yang baik sangat budi pekertinya selepas aku jumpa ngn Q, akhlaknya, budinya, pekertinya dan macam2lah. Aku berdoa sangat kehadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih semoga aku direzekikan dapat bersamanya hingga ke sana. Aku juga berdoa semoga aku sentiasa dapat memberi yang terbaik untuknya, aku juga berdoa aku tidak akan lagi menyakitkan dan menyinggung perasaannya, aku juga berdoa aku akan sentiasa menjadi penyejuk hati dan matanya, aku juga berdoa aku tidak akan menyusahkannya, aku juga berdoa supaya yang baik2 saja untuknya, ini kerana aku sangat sayang padanya. Aamin ya Rabbal A'lamiin.

Saturday, February 21

Aggressive Ke Abrasive Aku Ni?


Umm... Aggressive ke abrasive aku ni pagi ni, tapi apa-apa pun aku menyesal sebab rasa macam dah berkasar dengan seseorang. Tapi ntahlah bila fikir lagi aku rasa cam patut pulak aku bersikap macam tu, sekurang-kurang dia boleh fikirkan, cuma yang salah cara aku kot yang agak annoying.. huhu.. so sekarang yang terima padahnya aku jugak sebab aku mula tak tenteram, takpelah..., aku doakan dia tenang je.. satu lagu ingin aku kongsi bersama di pagi jumaat ini...

Kasih sayang kerana fitrah dalam kehidupan mudah punah ranah...,
Kasih sayang kerana nafsu selalunya mudah lesu...,
Pecah belah pun berlaku, hidup tiada bahgia...,
Kasih sayang kerana bangsa,
Tidak sampai penghujung mudah tersanggung,
Kasih sayang kerana Tuhan,
Lama bertahan, sampai mati pun masih teringatkan...,
Oleh itu kalau kita hendak tanamkan kasih sayang,
Biarlah kerana Tuhan...,
Kasih sayang itu lama bertahan,
Kerana selainnya hanya tambahan,
Bukan asas untuk berkasih sayang.

Thursday, February 19

Kasih Tuhan

Humm.., topiknya macam berat, tapi apa yang aku nak cerita ni simple je, yelah aku bukan pandai pun nak cerita lebih-lebih, pagi-pagi lagi satu firman Allah yang aku lupa dah sejak bila lekat kat dalam kepala aku ni yang bunyinya lebih kurang cam ni " sesungguhnya cintaKu pada hamba-hambaKu adalah melebihi cinta seorang ibu pada anaknya". Ayat tu cam menari-nari je dalam kepala otak aku, siapa yang jadi ibu taulah macam mana kasih dan sayangnya seorang ibu pada anaknya. Memang sangat sayang, lagi-lagi untuk sesiapa yang baru je bergelar ibu cam aku ni, Memang sayang sangat rasa, pergi kerja tu tak sabar nak jumpa anak bila balik nanti. MasyaAllah, hebatnya kasih sayang Tuhan tu sebab ia melebihi kasih yang lebih hebat antara manusia, dan sebab itulah perbandingan tu Tuhan telah pilih kasih ibu. SubahanAllah, maha suci Allah.

Monday, February 16

Kematian...

Petang tadi suami aku dapat call, nenek dia meninggal, kami sekeluarga tanpa buang masa terus balik kampung dengan segera kat Prt haji Salleh Ros, Batu Pahat. Sudah lama nenek atau bahasa jawanya suami aku panggil "Nyai"..( ntah betul ntah tidak aku eja ni sebab, selalu aku sebutnya tak betul) telah terlantar sakit, kira sakit tualah, umurnya pun sudah menjangkau 86 tahun. Masa mula-mula sampai aku tak rasa apa-apa lagi, tapi bila aku tengok mayatnya terbaring, aku mula jadi sebak, mengenangkan kematian. Sesiapa saja boleh sampai ajalnya..., tidak kira masa, humm, aku sedih mengenangkan persediaan aku untuk berjumpa Tuhan sangatlah hampeh..., huh.. sedih.. sedih.. tak leh sambung dah.. teringat aku tentang satu lirik lagu tentang kematian ni....

Nun di sana negeri yang abadi...
ke sanalah kita akan pergi..
Hanya tak tau bila tiba masanya...
Bersedialah dengan iman di dada...
Dengan taqwa yang diminta...
Kedua-duanya kalau tidak ada...
Kitakan papa kedana...
Di negeri yang tak diukur dengan waktu...
Tempatnya di neraka janganlah oh janganlah...
Jangan lupa mencari bekalan ke sana...
Jangan sampai kita menyesal di sana...
Tiada usaha lagi selain di sini...
Bersungguh-sungguh beramal jangan lupa jangan lalai..

Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa, kawan.., tahun telah berganti, setiap hari umur kita bertambah, akhirat semakin dekat, sudahkah mempersiapkan diri, mau tunggu apa lagi, nanti terkejut..., nanti menyesal tiada kesudahan....

*no ic Nyai=no ic aku...

Tuesday, December 30

Semuanya Pinjaman Semata


Semuanya adalah pinjaman….. Sebagai seorang manusia yang mengakui beriman kepada Tuhannya dan selalu mengaku kita adalah hambaNya, sepatutnya kita sentiasa sedar sifat-sifat hamba itu. Hamba itu sangatlah lemah, tidak mampu, terlupa, tidak memiliki dan segala-gala sifat hamba yang semua orang tahu sifatnya. Jika suatu masa kita pernah memiliki sesuatu, kita perlulah sentiasa ingat, semua itu hanyalah pinjaman semata-mata dari Tuan kita, iaitu Allah s.w.t Tuhan kita yang maha kaya memiliki segalanya.

Sudah namapun pinjam, jadi bila-bila masa saja ia boleh diambil semula, dan bila-bila masa juga ia boleh diberi semula. Jangan kita ingat hanya harta saja yang boleh diberi pinjam, memang ya harta saja yang boleh manusia beri pinjam, tapi Allah yang maha kaya maha mampu meminjamkan apa saja, itulah betapa jauhnya perbezaan antara kemampuan kita dengan Tuhan. Allah juga mampu memberi pinjam pada hambaNya rasa-rasa dan sifat-sifat yang tidak dapat dikawal oleh kita walau kita yang merasanya. Allah memberi pinjam rasa bahagia, rasa cinta, rasa yakin, kefahaman, kepandaian, ketenangan dan pelbagai lagi rasa-rasa dan sifat yang sangat disukai manusia.

Sangat terbukti itu semuanya pinjaman, kadang-kadang paginya kita merasa sangat bahagia dan tiada siapa menduga petangnya kita dilanda kesedihan hingga bisa mengalirkan air mata. Jika bukan pinjaman sudah tentu apabila bahagia kita akan sentiasa merasa bahagia sampai bila-bila, tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah lumrah hidup di maya pada ini. Begitu juga dengan kasih sayang, bila-bila masa saja ia boleh hilang dan lenyap, dan boleh muncul semula bila-bila masa mengikut kehendak Tuhan. Keyakinan yang selama ini Tuhan berikan, bila Tuhan tarik teruk jadinya, akan dirasailah sunyi dalam keramaian, mana pergi terasa asing, gelak ketawa hanya penutup duka lara, rasa diri tidak berguna dan senang putus asa. Bila rasa-rasa yang negatif mula subur, hanya kembali kepada Tuhan saja ubatnya… So pe lagi Jomlah beb pakat-pakat kembali pada Tuhan.

Um..., ni aku tulis ketika minda aku tgh normal dan dah rasional, tapi biasaklah, manusia ni lagi2 species hawa ni selalu emosional, ada problem je sedih lebih2, kadang2 tak padan dengan kes. Tapi aku selalu pastikan kesedihan aku tu berbaloi ngan kes, bnanya aku tak tau cam mana nak terangkan pe yang aku rasa ni, takpelah aku doakan pe yang aku nak sampaikan walau tak tersampai Tuhan fahamkan direct kat korang, itupun kalau hati korang bersih. Kalau macam hati aku yang kureng ni memang payah lah, dapat pun sikit2 je, if dapat direct pun ilmu yang tak bermanfaat.. keje setan lah tu kan…

Huh, aku bnanya tak tau apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, cuma kenape ntah (padahal aku tau sebabnya) tiba2 tgn aku gatal nak mengarut kat blog time ni, aku risau telinga org dah muak dengar cerita aku, so baik aku membebel kat sini, ni pun tgk mood aku gak, bila2 masa aku leh stop ni bila penyakit malas aku datang.. n memang aku nak stop pun.. ade mood aku sambung lagi..

Wednesday, December 24

Karangan Budak Mana Ntah.


Aku sangat sedar Tuhan adalah hiburan yang paling hakiki, tapi kat sini aku nak share satu benda yang ofismate aku forward setahun lepas time aku tgh syok wat keje kat ofis (seingat aku mamat itu adalah Bard, balak Tisha ni, jgn sape2 kacau!) Lepas baca karangan ni aku terus gelak tak tertahan-tahan hampir mengalirkan air mata, dasyat sungguh karangannya.. respek habis gue kat pengarang asalnya… ntah budak tadika mana agaknya… Baca ye...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.

Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Hehe, kelakar tak, malu lah aku kalau korang cakap.. ” biasa je..”