Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Friday, November 8

Musibah



Baik untuk kita renung-renungkan

Imam Ahmad meriwayatkan dlm kitab nya al Zuhd daripada Ibn Syihab az Zuhri bahawa iblis bertanya pd nabi Isa as : Bukankah semua musibah dalam ketentuan Allah swt?

Nabi Isa menjawab : Benar! Wahai musuh Allah!

Iblis berkata lagi : kalau begitu cuba lah engkau naik ke puncak gunung lalu engkau lemparkan dirimu dari atasnya!

Lihat engkau mati atau tidak!

Nabi Isa as menjawab : wahai musuh Allah! Sesungguhnya Tuhan layak menguji hambaNya tapi hamba tidak berhak menguji Allah swt!

#Petikan dari kitab Rasul Mulia oleh Us Umar Muhammad Nor
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Saturday, September 28

Teman Mukmin

Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan, bahawa :

Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..

Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:

"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"

(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:

"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..

Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..

Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..

Mudah2an dengan ini, aku telah  mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
Sent from my BlackBerry® wireless device

Wednesday, June 26

Berbual dengan Scammer

Untuk semua pembaca, just nk SHARE apa yang berlaku pada saya tempohari.

Waktu : 10.30pg
Panggilan : Dari PRIVATE NUMBER

PERBUALAN PUN BERMULA..

Scammer : selamat pagi boleh bercakap dgn en. xxxx ?
Saya : Ye sy bercakap, siapa ni?

Scammer : Maaf kerana mengganggu.....saya buat panggilan daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad yang sedang encik gunakan.
Saya: Bank mana yea?

Scammer : Saya daripada pusat panggilan mayxxx di putrajaya, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank yang encik sedang gunakan.
Saya: Oh ok

Scammer : Baik..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Saya: ye sy...

Scammer : dah brapa lama ia digunakan?
Saya: Hampir 10 tahun...

Scammer: Ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Saya: ye btol...

Scammer : boleh en lengkapkan no 8 terakhir

( AWAS...JANGAN SESEKALI BERI NO KAD ANDA KEPADA ORANG YG TIDAK DI KENALI )

Saya : Nak buat apa yea??
Scammer : Saya nk buat pengesahan yang awk ni pemegang kad berkenaan.

Saya : (putar sket kapla dier) Okay.. dari bank kan?? boleh beri butiran diri saya x?
Scammer : Kami tidak mempunyai butiran peribadi anda kerana ianya melanggar hak pengguna.

Saya : Kata dari bank, takkan tak tau butiran saya, xpayah susah² , beri nama ibu saya sahaja.
Scammer : Akaun encik akan di terminate jika tidak memberi kerjasama

Saya : Okay sila terminate.
Scammer : &%*&@(*(@&^%@ (makian hamun di berikan)

INGAT... JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN BUTIRAN KAD ANDA, TERUTAMA SEKALI 3 DIGIT DI BELAKANG TU.. SEBAB SINDIKET BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI KAD ANDA (DEBIT/ KREDIT)

SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA.. BERHATI² SELALU.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Monday, June 24

Sifat-sifat Neraka

Bismillahirrahmaanirrahiim .
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibril :
Pintu pertama yakni 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda:
'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan
Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua' lam.
Sent from my BlackBerry® wireless device



































Sunday, June 23

Jangan dibiar Rajuk di Hati


Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Mujahadahlah...
Kisah Nabi Yunus
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari suka duka, perit jerih dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup bukanya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...
Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya...
Sembahlah Allah Yang Maha Esa...
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa...
Jauhi perbuatan yang sia-sia...
Seruan Nabi tidak diterima, Nabi diejek dan Nabi dihina...
Baginda tidak berputus asa...
Walau dicaci walau dihina...
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka...
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri...
Kapal pedagang Baginda menumpang...
Membawa diri ke rantau orang...
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan...
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora...
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun...
Gelap gelita tidak terkira...
Sedarlah baginda akan silapnya...
Ditarbiyah Allah sebegitu rupa...
Menangislah Nabi penuh duka...
Memohon Ampun dari Tuhannya"
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali.
Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan dakwah lillahi.
Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah di hati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya" (Al-Furqan : 56-57)
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa' : 87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.
Allahu Allah,
Kuatkanlah hati-hati kami dalam menyeru insan ke arah kebaikan...

Sent from my BlackBerry® wireless device

Manakah yg Anda Akan dapat

Sent from my BlackBerry® wireless device

Nasihat Luqmanul Hakim


Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

 Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
                    
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, June 22

Jagalah Niat di Hati

 
Rasulullah SAW. bersabda:

"Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku..?.

Orang itu menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang."

Allah berfirman, yang artinya: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian."

Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu terbunuh..?" Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu."

Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian."

Kemudian datang orang ketika pula: "Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu..? "Jawab orang itu:

"Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah."

Lantas Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian."

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka."

Sent from my BlackBerry® wireless device

Thursday, June 20

Semua Doanya Allah Makbulkan..


Kisah menarik pengalaman seorang imam besar Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau telah bermusafir atas sesuatu urusan dan terpaksa bermalam di sebuah perkampungan. Atas sebab tidak ingin menyusahkan sesiapa, beliau telah membuat keputusan untuk berhenti solat di sebuah masjid sekaligus berehat dan bermalam di masjid tersebut.

Setelah selesai menunaikan solat, beliau mula untuk berehat lalu merebahkan badannya di dalam masjid tersebut, tiba-tiba seorang lelaki iaitu penjaga masjid datang mendekati beliau dan melarangnya dari tidur di dalam masjid tersebut. Lelaki tersebut sama sekali tidak tahu malah tidak kenal bahawa yang sedang dilarangnya itu adalah seorang ulama besar. Sementara itu Imam Ahmad juga tidak ingin memperkenalkan diri kepadanya. Beliau langsung keluar dan berpindah ke beranda masjid dengan niat untuk beristirehat disitu pula. Namun lelaki itu tetap saja mengusir beliau secara kasar bahkan sampai menarik beliau ke keluar ke jalanan.

Taqdir Allah, tepat saat Imam Ahmad sedang kebuntuan berjalan-jalan di dalam kegelapan, melintaslah seorang pemuda pembuat dan penjual roti. Pemuda itu dengan lembut mengajak beliau untuk menginap di tempatnya, juga tanpa mengetahui bahawa, tamunya itu adalah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ketika sampai di rumahnya, pemuda yang baik hati itupun segera mempersiapkan tempat bermalam untuk Imam Ahmad dan mempersilakan beliau agar langsung beristirehat manakala dia sendiri mulai bekerja dengan menyiapkan bahan-bahan pembuatan roti yang akan dijualnya pada esok hari.
Ternyata Imam Ahmad tidak langsung tidur, malah memerhatikan segala gerak geri sang pembuat roti yang baik hati itu. Dari pemerhatian beliau, terdapat sesuatu yang sangat menarik perhatian beliau dari pemuda ini iaitu ucapan zikir dan doa istighfar yang terus meluncur dari mulutnya tanpa putus sejak awal dia mula mengerjakan adunan rotinya.

Imam Ahmad merasa sangat ingin tahu lalu bertanya: Sejak bila kamu selalu beristighfar tanpa berhenti seperti ini?
Ia menjawab: Ini sudah menjadi kebiasaan dan rutin saya sudah sekian lama, hampir dalam setiap keadaan.
Sang Imam melanjutkan pertanyaan beliau: Lalu apakah kamu dapat merasakan adanya hasil dan manfaat tertentu daripada kebiasaan istighfarmu ini?
Ya, tentu saja, jawab sang tukang roti dengan pantas dan penuh keyakinan.
Apakah itu, kalau boleh, aku sangat ingin tahu? tanya Imam Ahmad lagi.
Iapun menjelaskan seraya berkata: Sejak merutinkan bacaan doa istighfar ini, saya merasa tidak ada satu doapun yang saya panjatkan selama ini Allah tidak kabulkan, kecuali satu doa saja yang masih belum terkabul sampai detik ini?
Sang Imam semakin mendalam rasa ingin tahu lalu bertanya lagi: Apakah doa yang satu itu?
Si lelaki soleh itupun melanjutkan jawapannya dan berkata: Ya, sudah cukup lama saya selalu berdoa memohon kepada Allah untuk dipertemukan dengan seorang ulama besar yang sangat saya cintai dan agungkan. Beliau adalah Imam Ahmad bin Hanbal!
Mendengar jawapan dan penjelasan terakhir ini, Imam Ahmad tersentap dan langsung bangun berdiri serta bertakbir:
Allahu Akbar! Ketahuilah wahai Saudaraku bahwa, Allah telah mengabulkan doamu!
Tiba pula giliran si pembuat roti untuk terpinga-pinga: Apa kata Pakcik? Doaku telah dikabulkan? Bagaimana caranya? Dimana saya boleh bertemu dengan imam kesayangan saya itu?
Lalu Imam Ahmad menjawab dengan tenang: Ya. Benar, Allah telah mengabulkan doamu. Ternyata semua yang aku alami hari ini, mulai dari pengalaman di kampungmu ini, diusir sang penjaga masjid, bertemu dengan kamu di jalanan, sampailah menginap di rumahmu sekarang ini, rupanya itu semua hanya merupakan cara Allah untuk mengabulkan doa hamba-Nya yang soleh. Ya, orang yang sangat ingin kamu temui selama ini telah berada di rumahmu, dan bahkan di depanmu sekarang. Ketahuilah wahai lelaki soleh, aku adalah Ahmad bin Hanbal.!
Dan tentu setiap kita sudah dapat membayangkan, apa yang mungkin terjadi dan bagaimana perasaan si pembuat roti tersebut.
Semoga Allah merahmati keduanya dengan rahmat yang seluas-luasnya.!
MasyaAllah.. Hebat Islam.. Dan lebih hebat lagi Tuan Punya Agama Islam. Allah swt.

Sent from my BlackBerry® wireless device

Sunday, June 16

Mai Jangan Tak Mai


Mai! Jangan tak mai!

E K S P O
BARANGAN HALAL
& SAHAM AKHIRAT

Sirami dan Suburkanlah
jiwa anda!
Konsert & teater
M U Z I K A L I S L A M
Setiap Malam
Jam 9 mlm - 11 mlm

Kumpulan nasyid international adik beradik
G E N E R A S I
H A R A P A N

Masuk Adalah Percuma
Bertempat di:
Darul Aman Park (Tasik Darul Aman), Bandar Darul Aman, Jitra.

Pada tarikh:
20 - 22 Jun 2013
10.00 pg - 11.00 mlm

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn Rokiah: 0182095034
En Hisham: 0194586830
Pn Zaidah: 0139238313
Tn Hj Haizad:0145228038.

Anjuran : Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Friday, June 7

Surat Balas Permohonan utk Siapa Nak Poligami.




Sebelum baca surat ni, harap baca dulu surat dalam post sebelumnya (surat permohonan untuk poligami)... baru faham....

Kepada:

Suami bin Lelaki

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

2. Oooo..patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!

3. Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

4. Ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

5. Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?

6. Mak hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.

7. Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?

8. Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!

9. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.

Terima kasih,

Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

Yang ikhlas Menjawab,

Isteri binti Bapa
Daripada bini apek putrajaya 


Huhu.. Dasyat gila.. Poligami itu HARUS, gaya jawapan macam HARAM lak.. Dunia akhir zaman... Segerakanlah kebangkitan ISLAM..
Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, June 1

Sape Nak Poligami??


Contoh surat rasmi utk permohonan poligami/tambah kuota

Suami bin Lelaki
Lot 1279, Jln Gajah,
Kg Kubu Gajah, 47000
Sg.Buloh, Selangor

Isteri binti Perempuan
Lot 1279, Jln Gajah,
Kg Kubu Gajah, 47000
Sg.Buloh, Selangor
21.5.2013

Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...
Sent from my BlackBerry® wireless device

Friday, May 31

Pakcik Wali

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati)
Sent from my BlackBerry® wireless device

Wednesday, May 29

BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013


Sape nak gi temuduga jawatan kerajaan sila hafal ni ye .. Hehe..

PERDANA MENTERI:
YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM  (UMNO)
(2) YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA  (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6)  YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7)  YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8)  DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM  (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I:
 YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II:
YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I:
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II:
YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I:
YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II:
YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI :
 YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI :
 YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI :
 YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI :
 YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI :
YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI :
YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI :
YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI :
YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI  KESIHATAN:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI SUBRAMANIAM  (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI :
 YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI  WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI  PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI  TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI :
YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI :
YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI :
YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI :
YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI :
YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI :
YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

PERDANA MENTERI: 1
JAWATANTIMBALAN PERDANA MENTERI: 1
JAWATANMENTERI:
30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATANJUMLAH 57 JAWATANJUMLAH KEMENTERIAN 24JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANGJUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG
Sent from my BlackBerry® wireless device

Fakta Tentang Kambing


Cuba lihat kambing. sentiasa tersenyum kan? tenang tak hati?
senyuman membahagiakan baik yang memberi mahupun yang menerima. orang yang mudah tersenyum, sihat tubuh badan dan seterusnya membentuk karektor yang terpuji. itu jugalah antara khasiat minum susu kambing dan makan daging kambing. daging yang sihat kerana sifat kambing yang mudah tersenyum.

Kalau ditanya mengapa anak-anak zaman kini walau bijak tetapi sombong dan degil, mungkin salah satu jawabannya adalah kerana banyak disogokkan dengan susu lembu. ehh.. minum susu lembu, kita bawa karektor lembu sebab dna lembu tidak terurai. jadi, tidak hairanlah anak-anak zaman sekarang tinggi IQnya tapi rendah ESQ. apa pepatah melayu kata tentang lembu? B-- macam lembu. masyaallah . nauzubillah.nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing.sukar merasa diri dikasihi? juga jawabannya pada susu kambing dan daging kambing. di bawah ini saya masukkan sedikit maklumat tentang kambing.Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi.

Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).Kolestrol daging lembu dan ayam.Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol itu dengan kolesterol kambing.Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger.

Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan ObesitiKolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan).

Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.Mencantikkan KulitDalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan KegembiraanSistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati , Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.Antibiotik SemulajadiSemua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.Pengaruh KarektorSetiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga.

Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.Karektor KambingKambing mempunyai karektor seperti berikut;
1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.Rahsia Janggut Dan SenyumanSemua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.

Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.Rawatan Penyakit Darah TinggiPesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.minumlah susu kambing dan makan daging kambing untuk merawat diri dan membentuk peribadi terpuji.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Monday, May 27

Kristian Sudah Mula Guna Nama Allah!!!

Sangat perlu berhati-hati....

Sebuah pertubuhan Kristian telahpun mengunakan kalimah Allah dalam risalah dakwah mereka.

Pertubuhan Kristian yang dimaksudkan itu adalah NECF (The National Evangelical Christian Fellowship) Malaysia yang beralamat di 32, Jalan SS2/103, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Gambar diambil dari laman sosial NECF, MalaysiaMyHome --> https://www.facebook.com/MalaysiaMyHome

Kalau bukak tu jangan gatal2 tangan nak mengeLIKE page tu pulak..

Video http://www.youtube.com/watch?v=qBMyN2C8_9w&feature=youtu.be

Tenatnya akhir zaman ini.. Ya Allah segerakanlah dtgkan PENYELAMAT untuk kebangkitan islam kali kedua.. Kami sangat merinduinya..


Sent from my BlackBerry® wireless device

Menangislah!

  Duhai mata yang sedang menangis,
     Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir di pipimu adalah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di mata dan di tubuhmu kemudiaan disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini matamu masih mampu menangis.            
     Aduh!            
            Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah meanggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah S.W.T merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,
       "Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-Isra': 109)          
           "Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (Maryam: 58)            
      Duhai mata yang sedang menangis,
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuhmu. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otakmu pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!            
         Duhai mata yang sedang menangis,          
       Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.
      Duhai mata yang sedang menangis,
   Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki. Ianya antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
      Duhai mata yang sedang menangis,          
      Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.  Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk  melonjakan amal dan perubahan untuk hari esok. Tangisan kerana Allah S.W.T ketika gembira atau derita adalah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.  Dengarilah pesanan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan kalam Yang Esa,          
    "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah." (HR Ahmad dan an-Nasa'i).
Sent from my BlackBerry® wireless device

Sunday, May 26

Air Kencing Anjing Hitam!!!

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. - Wallahu a'lam.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, May 25

Jadi! Maka Jadilah!

Tiada apa yang mustahil bagi Allah.. Kisah teladan seorang pemuda yang sgt bergantung kuat dengan Allah swt.

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan...

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluarnya sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!"

Pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...

Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...
Sent from my BlackBerry® wireless device

Perkara yang Membatalkan Solat

Semalam dapat mesej melalui seorang rakan karib, dia tanya kalau aku *******...batal tak solat aku..? Boleh je dia nak tanya ustaz mana2 atau Ustaz Google ke.. Mungkin dia nak tanya aku sbb dia malas nak wat sume tu n nak jawapan yg segera.. Aku pun bukan pandai mana, senang cite dua kali lima je ngan dia, mungkin dia lupa atau tgh bnyk sgt bnda yang dia fikir agaknya. Jadinya untuk semua perkara-perkara yang membatalkan solat adalah seperti berikut aku senaraikan, untuk peringatan semula buat aku dan sesapa saje yg nak baca blog ni. Ya, semua orang pun dah tahu, tapi tak salah buat ulangkaji, kita manusia memang fitrahnya mudah lupa. Sembahyang adalah perkara yg paling utama dan penting, merupakan tiang pada agama. Tiang.. Takde tiang runtuhlah, bukan kata runtuh, dari awal lagi tak boleh nak bgnkan apa-apa... Yang batin dalam sembahyang tu susah sgt nak jaga, kalau boleh, dan pastilah wajib usahakan untuk sempurnakan yang lahir tu.
Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur'an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.

2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama'ninah yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i'tidal sebelum sempurna ruku' secara tama'ninah.
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku' atau sujud.
f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.

6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

Sekian terima kasih.. Ampun maaf.

Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, May 18

Rayuan Rindu



4:10:24 AM.. Itu masa sekarang kat Frankfurt ni.. Baru selesai mayang subuh n sume2 yang berkaitan. Kat Malaysia dah tgh hari kot. Tiba2 mulut ni lancar je nyanyi lirik lagu Raihan " Rayuan Rindu" yang entah betul entah tidak aku nyanyikan.. Ingat lagi, lagu ni tgh hits masa aku form 4 ke form 5 gitu.. Masa tu kat MRSM ***** (hahaha) poyo jek tanak gitau MRSM mana.. Tapi seriusly mmg touching habis lah bila aku dgr lagu ni.. Tiap kali dgr jek mesti tangkap nangis.. Mudah nangis time tu sbb aku kira kategori budak HOMESICK tahap kronik.. Tak pernah berenggang ngn keluarga punya pasal.. Dasyat rasa suffer jauh ngn keluarga time tu.. Padahal masa tu dah 16.. Bayangkan budak 2 3 4 tahun jauh ngn keluarga cam mana!!! Tak terbayang!!! Tapi pastilah akan membina satu jiwa yang merdeka dan bebas!!!! Jiwa yg kuat bergantung pada zat yg sepatutnya baik di pihak anak itu atau ibu bapanya sendiri. Sangat berdikari sudah pastinya. Nabi kita Rasulullah pun masih baby dah kena serah untuk disusukan oleh orang lain kan.. Hebat hasilnya . uiks lari topik! Balik pada RAYUAN RINDU tadi.. Ni ha.. Liriknya yang baru kejap aku google.. Jom nyanyi sama2..

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap syurga Allah
Carilah keredhaan Allah

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the tortures of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu

Sekian terima kasih!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device

Tuesday, May 14

Doa Tarhil

استغفر الله العظيم ٣
ألذى لاأله إلا هو الحي القيوم
و أتوب اليه ٣

توبة عبد ظالم
لا يملك لنفسه
ضرا ولا نفعا ولا موت
ولا حياة ولا نشورا

Mohon ampun Ya Allah, yang Maha Agung 3x

Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan selainMU
Yang Maha Hidup, yang Maha Berdikari
Aku taubat Ya Allah 3x

Taubat seorang hamba yang zalim
Yang merasa berkuasa wlu tiada kuasa apa2
Tiada kuasa memberi mudharat
Tiada kuasa memberi manfaat
Tiada kuasa mematikan
Tiada kuasa menghidupkan
dan tiada kuasa hidupkan semula

http://www.mediafire.com/file/qtz66f9cytam643 ( mp3 istighfar bhs arab+melayu )
Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, May 11

18 Fakta PRU 13 Yang Perlu diKetahui

Aku saje post fakta ni setelah demam PRU13 dah reda. Untuk simpanan peribadi saja, tapi kalau ada sapa2 nak rujuk atau nak review dipersilakanlah, walau isu ni mcm dah lemau dan nak basi, tapi manalah tau akan berguna suatu hari nanti. Sebab aku yakin PRU13 yg berlaku di bulan mei ni mcm lain dari yang lain, kalau ada maklumat yang tak tepat tu gitaulah ye.

  Parlimen:
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
1.     DUN:
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)

2.     UNDI Keseluruhan (Popular votes):
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

3.     Peratus keluar mengundi:
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) – Tertinggi dalam sejarah PRU

4.     Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12

5.     MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

6.     DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21

7.   Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

8.   Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

9.     4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

10.           Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

11.           BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

12.           Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

13.      (Bekas) MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

14.           PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

15.           Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

16.      Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

17.           Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini, antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai. Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008.

Sent from my BlackBerry® wireless device


Positif+ atau -Negatifkah Kamu?!

Saja je kat bawah ni, suka2. Menunjukkan pemikiran kita berbeza2 mengikut tahap iq kita. (Jgn amik port aku merapu je kali ni, takde kaitan ngan iq pun, kotlah ada orang perasan iq dia tinggi tapi tak kena pun dgn apa yang dia fikirkan). Tapi dalam merapu harap adalah isi yang boleh dimanfaatkan, kalau tak sia2lah masa aku tulis ni.

Situasi : Perempuan lambat kahwin
Negatif : Tak laku, memilih sangat, letak hantaran tinggi sangat, ntah-ntah dah..
Positif : Masa untuk majukan dan perbaiki diri sendiri sebelum membina keluarga, nak tolong keluarga yang dah banyak berjasa berkorban untuknya sebelum dia berjaya dulu, jodoh belum sampai.

Situasi : Tiba2 jadi berjaya
Negatif : Pakai bomoh kot, rasuah kot, eleh dia takpela ada orang dalam, kabel besar batang kelapa.
Positif : Rezeki Allah. Masing2, usaha gigih dia berhasil, berkat usaha dia.

Situasi : Rumah terbakar
Negatif : Bala, balasan itu ini, duit buat rumah tak berkat.
Positif : Ujian, Tuhan nak ganti dengan sesuatu yang lebih lagi.

Situasi : Dapat anak cacat.
Negatif : Balasan Tuhan.
Positif : Tanda Tuhan sayang.

Situasi : Anak asyik menangis siang malam.
Negatif : Keluarga tak berapa baik, kena rasuk hantu (Darda' suka sebut ni). Sape Darda'? Penting ke? Private aku!
Positif : Tuhan nak beri pahala lebih dengan berjaga malam melayan anak.

Situasi : Anak suka memberontak
Negatif : Nakal, ikut mak bapak dialah tu.
Positif : Pandai menunjukkan perasaan, bijak, aktif dan sihat.

Situasi : Anak pendiam
Negatif : Pasif, kurang cerdik!
Positif : Mendengar kata, taat, baik, soleh n segala mak nenek sifat mahmudah.

Situasi : Belum mencapai cita2
Negatif : Dah nasib bukan rezeki, persaingan sengit sangat, pesaing main taktik kotor.
Positif : Mesti usaha lebih lagi! Tuhan nak lebih bergantung padaNya, ada dosa yang jadi hijab, kena segera taubat sungguh2!

Situasi : Suami pemalas
Negatif : Silap besar aku kahwin dengan orang ni. Menyesal!
Positif : Syukurlah Tuhan bagi aku suami yg hanya pemalas, org lain tu ada yg takde suami, ada yang suami kaki pukul, penjenayah dan macam-macam lagi.

Situasi : Kena kutuk.
Negatif : Memang hampas punya orang, ingat diri ko tu baik sangat, aku takkan maafkan sampai mampus!
Positif : Lantak dioranglah. Tak memberi kesan apa2 pada kehidupanku.. Lagipun dah dorang cakap cam tu, memang betul lah perangai aku cam tu kot, aku je yang tak nampak, boleh lah aku baiki diri.

Situasi : Blog takde orang datang.
Negatif : Malas lah nak tulis lagi, takde orang baca pun. Cam poyo sorang2 je.
Positif : Ada orang ke takde orang ke, yang penting kita enjoy! N apa yang aku nak sampaikan aku dah sampaikan!!!

Situasi : Anak sakit.
Negatif : Siapa yang bagi kuman kat anak aku ni??? Berjangkit dari si pulan tu lah..
Positif : Alhamdulillah Tuhan masih perhatikan anakku dan nak berikan aku pahala menjaga anak, nak tingkatkan iman n hapuskan dosa2 aku.

Situasi : Susah.
Negatif : Bertambah susah, mengeluh, cari salah orang sekeliling.
Positif : Tak kisah. Susah senang adat kehidupan, adalah jalan keluarnya insyaAllah.

Situasi : Masalah
Negatif : Mengeluh salahkan semua orang sekeliling.
Positif : Cari penyelesaian dan bertawakkal, ujian untuk ditingkatkan iman/roh.

Setiap benda atas dunia ni ada baik dan buruknya (kecuali benda yang dah terang dan jelas buruk/baik tu tak payah nak diperpanjangkanlah). Untuk benda2 yang open-ended, benda yang tak jelas. benda2 tak konkrit ni, bergantunglah kepada minda kita nak mengintrepertasi situasi2 yang berlaku.
Ada orang sentiasa tenang aje, ada masalah ke takde masalah ke, sama je. Inilah sifat mukmin yang sejati. Ada orang memang nampak dia gelisah bila ada masalah. Ada orang, setiap masa macam ada masalah, walaupun sebenarnya tak ada masalah. Saje buat muka poyo macam nak gitau sume orang dia ada masalah, macam lah orang lain takde masalah!!

Masalahnya bukan terletak pada masalah tu, tapi kepada si empunya diri yang berhadapan dengan masalah.
Ada orang bunuh diri bila exam tak dapat straight As. Ada orang tak kisah lantaklah dapat berapa2 pun ada aku kisah? Tapi payah gak jenis cam ni, dulu masa sekolah rendah ada sorang cikgu suka cakap budak cam ni hanyutkan je kat sungai belakang sekolah, kebetulan time tu sekolah rendah aku ada sungai kat belakang sekolah (sekolah kebangsaan Panggong, Pasir Puteh) hahaha, korang tau ye? Apa!!! Korang classmate aku dulu.. Oo, sudi2lah contact aku cam tu, boleh kita reunion n cite panjang lebar lagi. Pape pun perbezaan itu adalah satu rahmat, di mana dalam Islam pun meraikan perbezaan ni. Buktinya kita ada banyak cabang pemikiran yang sebenarnya menjurus kepada satu jalan yakni Allah yang satu, tapi dalam sudut pandang yang berbeza.

Dari situ lahirnya mazhab. Tapi antara imam2 ni tak ada yang mengaku lebih dari yang lagi satu, atau kutuk mengutuk antara satu sama lain macam yang berlaku kat pihak2 tertentu di akhir zaman ni lagi2 PRU13 ari tu.. Argh mana2 PRU mmg selalu berlaku cam tu... Sekian, cukuplah aku merapu sambil2 selawat tunggu nak solat maghrib.
?????????? ?????????? ?????????? ????? ??????????????
Hausen, germany


Sent from my BlackBerry® wireless device

Tuesday, May 7

CIA, FBI n PDRM



Senyum kejap ye..

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah
yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatla satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka
mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai
informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan
batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan
sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di
dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn
seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK,OK... aku arnab... aku arnab!!'

* jangan hebah kat mat polis…sensitive…..  ;D


Sent from my BlackBerry® wireless device