Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Thursday, May 31

(Istidraj) Aku Tidak Solat Tetapi Aku Tetap Berjaya




Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.  
 
Kita akan tertanya-tanya, kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda.  Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?   Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.   
 
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.   Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.   Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.   
 
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,   “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”   Lihat, lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri daripada orang miskin dan hamba.   Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.   Nah… Apakah itu yang kita mahu?  Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”  
 
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.   “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”   ALLAH menjawab,   “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”  
 
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?”   Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH, ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.  
 
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.   Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak. Anda tenang sekarang?  Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.   Aku berdosa, tetapi aku berjaya. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.   Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.   

Satu lagi kisah yang serupa elok dikongsikan di sini, teringat kisah raja yang zalim dan engkar perintah Allah dengan raja yang taat pada Allah..
 
Maaf kalau cerita ini banyak kekurangan, Dipendekkan cerita raja yang zalim sedang nazak dan sebelum mati beliau meminta supaya dicarikan sejenis ikan kerana teringin sangat nak makan ikan tersebut. Para nelayan kegusaran kerana musim tersebut bukan musim untuk mendapatkan ikan jenis itu, bagaimanapun dengan takdir Allah mereka menjadi hairan kerana tetiba jer ikan-ikan tersebut muncul dan mudah saja di tangkap, selepas makan ikan tersebut raja pun mati. 
 
Sementara itu ada pula kisah seorang raja yang taat kepada Allah juga sedang nazak dan teringin nak makan ikan tersebut, .. para nelayan dengan gembira mencarinya kerana memang musim itu memang musim untuk menangkap ikan tersebut, namun takdir Allah juga para nelayan gagal menangkap walaupun seekor ikan jenis itu dan matilah raja yang taat tanpa mendapat hajatnya.
 
Para malaikat bertanya kepada Allah mengapakah Allah menetapkan takdir sedemikan kepada dua raja tersebut. Lalu Allah menjawab.. raja yang zalim pernah melakukan satu kebaikan dan Allah tidak mahu berhutang dengannya lalu menunaikan hajatnya maka selesailah hutang tersebut, sementara raja yang taat pula pernah melakukan satu dosa dan Allah tidak mahu dosa itu mengikutnya maka Allah balas dengan melenyapkan ikan dan habislah dosa raja yang taat itu... 
Wallahualam..

Mari kita renungkan dan fikirkan bersama.

*RG

Manusia dan Buku


Manusia seperti Sebuah BUKU ...
cover depan adalah tanggal lahir...
cover belakang adalah tanggal kematian...
Tiap helaiannya, 
adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yang kita lakukan...
Ada buku yang tebal,
ada buku yang nipis...
Ada buku yang menarik dibaca... 
ada yangg sama sekali tidak menarik...(ni buku cerita)
Sekali tertulis, tidak boleh di edit lagi 
(guna liquid paper boleh kot).
Tapiii.. hebatnya,
seburuk apapun halaman sebelumnya, 
selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, 
baru dan tiada cacat....( ni cerita buku tulis pulak)
Sama dgn hidup kita, seburuk apapun kelmarin..  
Tuhan  selalu menyediakan hari yang baru untuk kita memperbaikinya... 
Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar, sukses dan lebih baik dari hari-hari sebelumnya...
Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir yang sudah ditetapkan-NYA, 
ketika lembaran buku kehidupan sampai kepada penutupnya,
 Waktu dimana tidak ada kesempatan lagi untuk kita memperbaiki buku kehidupan
Ya Allah... Terimalah taubat kami disetiap hembusan nafas kami
 

Monday, May 28

Persidangan Syaitan, Iblis dan Jin


Pernahkah anda mendengar persidangan ini? Sedikit renungan dicelah kesibukan kita, sekadar saling mengingatkan. Dalam suatu persidangan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: 

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka ALLAH SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",
"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan ALLAH SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi ada waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.
"Alihkan perhatian mereka dari usaha mendekatkan kepada ALLAH SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu syaitan, dan jin.
Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sehingga 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan letih apabila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di rumah."
"Pikat mereka untuk terus membunyikan radio atau kaset semasa mereka membawa kenderaan".
"Dorong mereka untuk memasang TV, VCD, CD dan PC di rumah.
"Sepanjang hari, bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahu pun kedai-kedai di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan ALLAH SWT dan Rasul-Nya"
"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".
"Penuhi mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".
"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan".
"Penuhi peti surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muat gambaran wanita yang cantik itu yang langsing dan berkulit cantik di majalah dan TV, untuk menggiring para suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"
"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka mereka akan mulai mencari di luaran".
"Hal inilah yang akan mempercepat retaknya rumahtangga sebuah keluarga"
"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna solat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana ALLAH SWT menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, pertandingan-pertandingan, konsert muzik dan panggung wayang."

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak bermakna apa-apa.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak ada waktu untuk mengkaji kebesaran ALLAH SWT."

"DAN DENGAN SEGERA MEREKA AKAN MERASA BAHAWA kEBAHAGIAAN, KEKAYAAN, KEBAIKAN/KESIHATAN KELUARGA ADALAH MERUPAKAN HASIL USAHANYA YANG KUAT - DAN BUKAN ATAS IZIN ALLAH SWT."

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."
"RANCANGAN YANG BAGUS."
Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENANG HURA-HURA".

"Dan hanya meninggalkan sedikit saja waktu buat ALLAH SWT sang Pencipta."
"Tidak lagi mempunyai waktu untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan akan ALLAH SWT dan RasulNya".

Sekarang pertanyaannya adalah,
"APAKAH RANCANGAN IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"KITALAH YANG MENENTUKAN..!!!"
*selatanonline 

Sunday, May 27

Syaitan Gemuk Dan Syaitan Kurus

 
Suatu ketika Abu Hurairah ra.,salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir.

Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.
Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus,

“Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan tidak berpakaian?”

Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmilah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum ia membaca basmilah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap tidak berpakaian! “


Syaitan gemuk menyahut, “Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut diminyakkan. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannya.”

Begitulah, betapa agungnya faedah membaca basmilah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca “Bismillahirrahmanirrahim !”

Malah dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, bahawa rumah yang dibacakan bismilah maka syaitan tidak akan tinggal dan bermalam di dalamnya.

Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca bismilah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syaitan dan mendapat redha dari Allah Yang Maha Rahman.

* ahmadi

Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains



Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Majalah Scientific American, Disember 1993

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Ujian imbasan PET

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
* Pemuda Acheh

Friday, May 25

Kelebihan Surah Al Kautsar

 
 
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di 
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada 
batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih 
daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad 
s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita 
amalkan:-
 
1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah 
s.w.t. makbulkan doa kita.
 
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di 
leher, Insya'allah hilang dahaga.
 
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan 
air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
 
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-
mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
 
5) Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.
 
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk 
ketika menunaikan solat.
 
7) Jika dianiaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah 
tetapi dizalimi..
 
Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima 
kasih.
 

Terlalu Lama

Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. 
Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging.

Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.


Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.


Terlalu lama melihat - merosakkan darah. 
Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
 Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga.
Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. 
Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
Terlalu kerap marah - merosakkan hati. 
Cepat kelihatan tua.
Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. 
Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
 Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. 
Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. 
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
 Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung.
Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
 Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. 
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.
Terlalu banyak baca blog - nanti bos marah. Habis tu dah x buat keje lain selain dok baca blog je. hee...he...hehe.. jangan marah.. nanti cepat tua.
Tolong jangan percaya seratus peratus post ni, sekadar berjaga-jaga dan beringat boleh lah ye..
" Menunda sesuatu perbuatan baik kerana menunggu waktu yakni kesempatan yang lebih baik menandakan tanda kebodohan telah mempengaruhi jiwa", kata Ahmad Athillah. Sape dia ni?? Ntah... pinjam ayat/pesanan dia jap.

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.


Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:


"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2, juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a.

Jom Test Kepoweran Matematik Kita



Teringatlah satu teka teki sorang member kat sekolah suatu ketika dulu, suka aku nak share kat sini untuk kita sama-sama kira balik... hehe..


Dalam sebuah bas ada 7 orang budak perempuan
Setiap budak perempuan ada 7 buah beg
Setiap beg ada 7 ekor kucing tengah pregnant
Setiap ekor kucing yang pregnant tu ada 7 ekor anak kucing di dalam perutnya
Setiap kucing ada empat kaki


Soalannya:

Berapa kaki kah yang terdapat di dalam bas tersebut?

Nak jawapan boleh contact aku, nanti aku bagi jawapannya.


Selamat Mencuba!!!!!

Thursday, May 24

Ilmu Pagi Khamis


Salam semua, buka emel pagi ni ada beberapa bahan yang boleh dikongsikan daripada kawan-kawan seperjuangan untuk pembaca semua. Antaranya hadis, petikan ayat alquran dan kisah-kisah yang boleh membangun jiwa. Sama-sama kita renungkan ya..

Perselisihan Pendapat Dalam Islam.

“Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”.


Umar bin Abdul-‘Aziz

Berakhlak baik


Imam Sayuthi berkata dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir: “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.”

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain " (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 


1. Sedekah jariahnya

2. Ilmu yang bermanfaat 

3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim)

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur (di atas nikmat) nescaya Kami akan tambah lagi kepada kamu. Dan jiku kamu kufur (kufur nikmat) sesungguhnya azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) "
. (Ibrahim: 7)





Fadhilat ayat Sajdah




SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.
Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.


3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.



Sujud Tilawah di luar Solat

  Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.

Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :
Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”
Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:
Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”
Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.

Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)

Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.

Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.

Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)

Bacaan Semasa Sujud Tilawah?

Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:



Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)

Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :
Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”

Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:
Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.
Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)


Sujud Syukur

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

Hukum Sujud Syukur?

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

Bagaimana Cara Sujud Syukur?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

Wednesday, May 23

Orang Bertaqwa Dalam Pimpinan Allah


 

Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasihNya
Sekali sekala disusahkanNya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali sekala dimewahkan kehidupannya untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
 Mungkin dizalimi dengan pelbagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
supaya dia merasa Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya  tambah menebal dijiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya
Dengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya
Dosa-dosa kita pun diampunkanNya
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah dia boleh membendungnya
Begitulah orang bertaqwa
Dia sentiasa dalam pimpinan Tuhannya.

ASZ

Monday, May 21

Beza Ujian dan Hukuman



 
Salam pembaca semua, semoga hari ini anda semua sihat dan berada dalam rahmat Allah selalu seperti hari-hari sebelumnya, malah lebih baik dari semalam hendaknya. Di sini ada sedikit ilmu yang hendak dikongsikan bersama berkenaan dengan ujian dan hukuman. Yelah, ilmu ni kalau disimpan sorang-sorang takde maknanya, maksud aku ilmu yang bermanfaatlah. Kalau ilmu yang tak bermanfaat dengan sengaja kita tertahu tu, diam-diam jelah, yelah silap haribulan dosa yang dapat kalau disebar-sebarkan. 

Seperti kita semua sedia maklum, mengecilkan hati orang adalah berdosa, tetapi tahukah kita lebih besar dosanya jika kita berkecil hati. Umm.. keliru tak? Aku pun tak berapa nak terima statement ni sebenarnya, apsal orang lain yang kecikkan hati kita, kita pulak yang tanggung dosa malah lebih besar daripada orang yang mengecilkan hati kita. " Ini tidak adil, kita tak buat apa-apa kita pulak yang tanggung dosa!!!" . Seolah-olah cam tu lah jiwa kita memberontak kan?

Ceritanya macam ni, orang yang menyebabkan kita sakit hati atau berkecil hati tu sebenarnya bagi pihak sahaja, ia takkan berlaku pun tanpa Allah izinkan bukan? Jadi positifnya itu adalah peringatan daripada Allah untuk kita, ujian untuk kita, hadiah untuk kita, sebab Allah tak nak kita ni lena lama-lama sangat dengan dunia tanpa ingat pada Dia. Betul tttak? (korang baca dengan makhraj t yang tebal tau, aku memang letak t tu lebih sket, ala macam iklan susu apa ntah masa aku kecik-kecik dulu tu, ala.. yang ada budak dua orang minum susu tu, pastu dia tanya kawan dia tu " BETUL TTAK???", " BETUL!!" kawan dia jawab) Ingat?? Tak ingat takpelah, anggaplah iklan atau ngepeng sekejap kate oghe kelate. Maksud aku betul tak bila korang dah kena situasi macam tu, korang akan jadi stress, tension dan emosi terganggu habis, lebih-lebih lagi kalau melibatkan insan-insan yang kita sayang. Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah, otomatik jugalah korang akan terus ingat pada Allah kan?

Haaa, jadi nampak tak? Kalau kita kecik hati pada orang tu maknanya kita kecik hati pada Allah. Lagi parah kalau kita jaja pulak kekecikhatian (ada ke perkataan ni sebenarnya) kita tu pada kawan-kawan atau orang sekeliling, dan orang tu pulak akan sampai- menyampai dan last-last cerita tu dapat kat korang balik.... hehe.. pernah tak berlaku cam tu kat korang? (aku dah pernah kena) kamonlah dunia ni bukan besar mana pun. Kes ni lah buat aku susah sangat-sangat nak sharing sesuatu yang aku memang tak nak orang tau. So, lepas ni? Redha jelah.. bukan senang, tapi kita boleh cuba okay! Gud luck untuk korang dan juga aku. 

Satu lagi aku nak cerita tentang pujian. Pujian ni memang sedap didengar  nak banding dengan makian? Tapi aku sebenarnya kadang-kadang agak takut dengan pujian ni, sebab kita ni memang kenal sangat dengan diri kita, apa kelemahan  dan kelebihan kita. Jadi, bila kena puji ni kita kena cek dan  nilai rasa-rasanya pujian tu betul atau tidak. Kalau akulah, aku akan rasa malu pada Allah, malu pada diri sendiri apabila dipuji. Malu pada Allah sebab baiknya Dia menutup aibku sampai orang tak nampak malah memujinya. Tetapi aku nasihat, baik kita hati-hati dengan pujian ni, yelah, kadang-kadang orang tu saje nak kipas kita sebab ada kepentingan kan, bercakap berdasarkan pengalaman, kadang-kadang aku pun terbuat juga. TER ok.. maksudnya aku tak sengajalah kan, hehe.. Astaghfirullah hal a'zim.. ampunkan aku ya Allah.

Uiks.. cam tak kena lagi je dengan tajuk post... Huhu.. cam ni lah, senang je macam mana kita nak bezakan Allah sedang menghukum atau menguji kita ni, kita nilailah apa yang berlaku tu makin dekat kita dengan DIA atau makin jauh. Kalau makin dekat tu ujian namanya, kalau makin jauh tu hukumanlah. So, sendiri mau ingat.... tetapi apa-apa pun doa tu penting, doa tu kan senjata mukmin, doakan moga kita sentiasa dalam pimpinan dan perhatianNya sama ada dalam susah atau pun senang. Semoga kita menjadi hamba Allah yang redha bila diuji dan syukur bila dikurniakan nikmat, datanglah nikmat ke ujian ke.. hati kita pada Allah tetap sama je, Aaaaamiin ya robbal a'lamin.

Friday, May 18

Ujian

U.J.I.A.N.... baca secara mengeja tau... bila dipukul ejaan tu ujian jadinya.  Mat saleh cakap test, exam pun boleh, tapi selalunya kalau exam tu macam agak besar n rasmi sketlah. Dari sekolah rendah atau tadika lagi, hujung hujung sesuatu pelajaran atau bab atau apa-apa sajalah, mesti diadakan ujian. Kita semua sedia maklum kan, untuk apa dibuat ujian? Cuba aku senaraikan dalam bentuk point supaya senang sket nampak..

  • Nak tau sejauh mana kefahaman kita tentang sesuatu apa yang dipelajari - yelah kalau takde ujian mana nak tau faham ke tidak selama ni apa yang di ajar tu.
  • boleh ke tak nak apply - dah berbuih mulut cikgu tu ajar abc n membaca, tak buat ujian macam mana nak tau dah boleh membaca ke tidak budak-budak tu. 
Itu hanya dua point yang disenaraikan tuk ujian di peringkat tadika, ambik tadika sebagai contoh sebab ia paling simple. Itu dua point yang paling mudah untuk beri faham tujuan ujian kat sekolah atau mana-mana institusi pengajian. Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah berkenaan ujian hidup.

Kita ni adalah hamba Allah, setiap kita takkan terlepas daripada ujian. Biasalah, ada ujian yang mudah dan tak kurang juga ujian yang susah, bergantung kepada kemampuan dan tahap iman masing-masing. Samalah juga dalam sistem pendidikan kita, ada PMR, ada SPM dan juga STPM. Di universiti pulak lain ujiannya, yang nak dapat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, PhD dan seterusnya, masing-masing ada syarat yang perlu ditempuh, tak cukup syaratnya jangan haraplah nak dapat apa yang dicitakan tu, tapi zaman sekarang boleh beli ek kadang-kadang? Takpe takpe nanti aku buka topik khas untuk cerita hal tu.

Setiap ujian itu tidak sama kan? Dan orang-orang yang nak diuji pun tidak sama juga. Ada orang diuji dengan benda yang mudah mudah saja, itupun baginya sudah susah dan cukup payah untuk diselesaikan, ada orang diuji dengan benda yang sangatlah berat tapi dia berjaya hadapinya dengan baik. Keupayaan menghadapi itulah bergantung kepada persediaan dan latar belakang individu. Yelah, kalau soalan UPSR diberi pada calon SPM pasti dorang akan cakap " alahai kacang kedai mamak soalan ni ". Padahal soalan yang sama juga jenuh untuk disiapkan oleh budak yang sepatutnya menduduki UPSR.

Tetapi soalan UPSR itu jika diberi kepada budak yang cukup persediaan pasti dia akan menjawabnya dengan senyuman. Sebab apa? sebab dia sudah cukup bersedia, segalanya mudah baginya.



Begitulah kita dalam kehidupan seharian, Tuhan takkan berhenti menguji kita dengan ujian yang bermacam-macam. lepas satu akan ada satu lagi, takkan habis sampai lah hembusan nafas terakhir.Tapi jangan sangka ujian berakhir setelah kematian menjemput kerana di sana walau sudah tidak ada lagi ujian tetapi seolah-olah kita perlu tempuh dunia praktikal pula. Segala amalan kita di dunia, terjawablah di sana nanti duduk bangun kita, senang susah kita yang sebenar-benarnya.

Bila kita diuji, kita lepas, kita dapat duduki ujian seterusnya untuk melayakkan kita ke peringkat yang lebih tinggikan? Itu dalam sistem pendidikan. Dalam kehidupan kita ni pula, bila kita diuji, kita dapat lepasinya dengan sabar dan redha, pasti ganjarannya peningkatan iman dan taqwa. Maqam kita meningkat dan kita akan mendapat redha Allah. Itulah cita-cita mukmin sejati, apa yang dibuat redha Allah adalah matlamat.

 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-Ankabut: 2-3)

Allah maha pengasih dan penyayang, makin kasih DIA pada hambaNya, makinlah diuji untuk ditingkatkan lagi dan lagi iman dan darjat hambaNya di sisinya. Sebab itulah orang-orang soleh sangat takut kalau hidupnya dirasakan mudah dan tiada ujian, risau kalau-kalau Tuhan terlepas pandang padanya. 

 Rasulullah s.a.w. bersabda: 

 "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

 "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"



Ujian juga salah satu cara untuk Tuhan menggugurkan dosa-dosa kecil kita. kita ni manusia yang lemah dan pelupa, kadang-kadang ada dosa yang kita tak sedar dan tidak ditaubatkan. Ujian kesusahanlah caranya nak hapuskan dosa-dosa tersebut.

Umm, tiba-tiba je aku sebut tentang ujian kesusahan dapat hapuskan dosa-dosa. Sebenarnya bukan time susah je ujian, jangan kita lupa kesenangan dan nikmat itu ujian juga. Khaliq kita nak tahu ingat tak kita kat DIA time kita senang dan dapat nikmat tu. Ujian senang lagi susah sebenarnya sebab silap haribulan kita tewas dan tertipu hingga kita lupa pada Pemberi nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t.

kita rehat jap sambil beriklan dengar lagu ni.. dengar tau jangan tak dengar..



Firman Allah S.w.t yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” 
Surah AlBaqarah : Ayat 214
 
Firman Allah S.w.t,  

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”  
Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
Surah AsSyuura : Ayat 30

FirmanNya juga, 

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”
Surah Aali Imran : Ayat 146


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Surah AlBaqarah : Ayat 286
. 
Rujukan hadis.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  

“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “
Hadith riwayat Imam Tirmizi.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 

 “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
Hadith riwayat Imam Tirmizi.

to be continued..