Me a Sunflower!

My photo
Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Tuesday, March 31

Cara Allah Memberi Rezeki



Manusia memberi binatang makanan macam-macam cara,
ada kalanya disuapkan ke mulutnya,
adakalanya dilonggok di satu tempat,
tidak kira bersihkah tempat itu atau tidak,
adakalanya diletakkan di sebuah bekas,
adakalanya dilemparkan ke mukanya,
adakalanya dilempar dan ditabur merata-rata,
pada haiwan-haiwan itu mereka tidak terasa apa-apa.
Yang mereka rasa bangga mendapat makanan,
tidak terasa apa-apa bagaimana cara dia diberi makanan.

Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia bermacam-macam caranya,
ada secara bersih,
ada secara kotor,
ada separuh bersih dan separuh kotor,
ada secara terhormat,
ada secara terhina,
ada secara rahmat,
ada secara istidraj.
Tapi kebanyakan manusia tidak sedar kecuali golongan yang sedikit yang mata hatinya terbuka.

Salam kasih sayang & mzb.

*daripada Dr Ainun @ mak

Asal Usul April Fools

April Fool's Day ini mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



*Petikan drpd Risalah Fikrah

Friday, March 27

Manusia



Manusia bukan tidak tahu selepas muda pasti tua.
Tapi dia lupa tua akan datang diwaktu mudanya.
Dia pun membuang-buang tenaga dan masa diwaktu mudanya,
seolah-olah merasakan masa muda selama-lamanya.
Apabila tua datang, baru dia menyesal ingin kembali kepada zaman mudanya
untuk menebus kembali segala yang disia-siakan tapi angan-angan yang sia-sia itu tiada gunanya.
Menyesal tidak berkesudahan.

Friday, March 20

Bagaimana Untuk Lebih Tenang Bila Ada Problem?

Bila ujian melanda, tak kisahlah ujian apa2 pun, anak demam ke, tak de duit ke, lembu hilang ke (ada lagi ke pelihara lembu skang ni? aku gak jawab, kat kg ada lagi..., kat bandar cam tak de je...), banyak keje ke, pemadam hilang ke atau ujian add maths ke, fizik ke, atau pape sajelah benda yang boleh mendatang kesusahan dan wat jiwa jadi kacau itulah ujian. Ujian ni kalau nak tau, untuk orang mukmin adalah sebagai cara penghapusan dosa dan untuk meningkatkan iman seseorang.

Berbalik kepada tajuk post aku ari ni (sebab aku nampak macam dah nak terpesong jauh dari tajuk..,) eh, cakap pasal terpesong tajuk ni kan..., masa aku sekolah rendah dulu aku pernah tau buat karangan terpesong tajuk, selalu BM aku dapat 80 ke atas tapi untuk pertama kalinya aku dapat markah BM 57 je, cikgu kata tu pun markah kesian untuk ganti rugi penggunaan pensel aku ..., aku ingat lagi.., sedih sgt2 time tu sbb tak dapat A untuk BM, lepas tu aku hati2 gile bila nak wat karangan.

Eh eh, lari tajuk betul ni, tajuk post apa ek? Jap aku tengok balik, "Bagaimana Untuk Lebih Tenang Bila Ada Problem?" Tulah kelemahan manusia kan, pe yang dirancang tak semestinya dia mampu buat if Tuhan tak izinkan, planlah kaw2 punya pun tapi if Tuhan tak izin jangan haraplah boleh buat, jadi sebagai manusia yang mengaku kita ni hamba Allah tak payahlah nak sombong2 kata diri pandai ke, cantik ke, best ke, semua tu hak Tuhan, if Dia nak tarik time2 ni jugak boleh.

Aku rasa alangkah bagusnya kalau tajuk post aku ni ditukar kepada tajuk " free tittle", tul tak? So tak de sapa leh cakap aku lari dari tajuk, hehehe.., yela2 aku serius dah ni.... umm, lain orang lain cara kan untuk handle problem? Tapi kalau akulah, cara yang paling berkesan adalah dengan kembali kepada Tuhan..., fikirkan benda2 yang positif dan yang paling penting adalah bersangka baik pada Tuhan.

Takkan Allah buat sesuatu dengan sia2kan, pasti ada makna dan hikmahnya, walau kita perit untuk melaluinya, tapi yakinlah, lambat laun kita akan temui manisnya, jika dilanda kecewa dengan manusia, fikirkanlah..., bukankah manusia itu lemah, selalu bersifat tidak adil, macamlah kita ni bagus sgtkan, untuk orang lain buat baik kat kita 24 jam, kita pun selalu jugak buat orang lain sedih dan terluka dengan perbuatan kita, jadilah adillah kita pun merasainya juga. Untuk hati jadi tenang dan rileks bila semua tu berlaku..., fikirkan lah..., buat apa nak berharap dan mengadu pada manusia? Alangkah lebih baik kita berharap dan mengadu pada Tuhan saje. Bukankah semua perkara walau sebesar zarah pun tidak terlepas dari perhatian Allah? Maka sudah tentu ada sebabnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Allah tau, dan Allah juga izinkan ia berlaku pada kita.

Dengan fikir cam tu insyaAllah hati lebih tenang bila kita kecewa, kita pun leh act cam tak de pape pun berlaku. analogi dia cam nilah, aku ni kan seorang yang sangat tak suka tengok cerita2 sedih lagi menyayat hati, tapi yang menjadi masalah aku sebab aku ni minat sangat ngn filem hindi. Faham2 jelah filem hindi cam mana, penuh dengan unsur2 air mata lagi kejam, begitu gak dengan cite indon, yang baik tu teramatlah baik cam malaikat, yang jahatlak aku rasa syaitan pun tak puas hati (sebab lagi jahat dan kerek dari syaitan gamaknya) So bila wujud scene2 cam tu kan, aku sedapkan hati aku dengan cakap, alah.., apa nak kesah? Dah pengarah suruh dia buat cam tu, dia buatlah, kru2 filem keliling die tu, tak de pe nak risau... hehehe.. habis spoil kalau sape2 yang dok sama2 tgk cite dengan aku, adik aku marah sungguhlah kalau aku cakap cam tu. Hehe....

Sambung balik.... Manusia boleh pergi dan meninggalkan kita sesuka hatinya, tapi Allah.. tetap setia membantu dan mendengar rintihan kita, tidak kira masa, jika rasa itulah kita dapat suburkan dalam hati kita, insyaAllah ketenangan akan jadi milik kita walau apa jua keadaan kita, Tuhan menguji takkan berhenti.., itu sudah pasti, tak diuji cam mana nak tau stage iman kita.

Apa-apa pun kita kena sentiasa ada dlm diri azam untuk sentiasa baiki diri, dan sentiasa tanam sangka baik dengan Tuhan... sangka baik dengan Tuhan.., sebab perlu diingat bersangka buruk dengan Tuhan adalah satu dosa, sebab Tuhan sangat Maha Baik.

Baiknya Tuhan Kita...

Baiknya Tuhan kita
Diwaktu kita tidur Dialah yang menjaga
Diwaktu seorang Dia penghibur kita
Diwaktu kita lupa mengingatkan kita
Jika kita buat baik diberi pahala

Baiknya Tuhan Kita
Apabila buat jahat diampunkannnya kita jika kita bertaubat
Kalau tersalah dan tersilap dimaafkannya kita jika kita insaf
Diwaktu kita lapar Dia beri makan
Diwaktu kita sakit Dia yang menyembuhkan

Tuhan pelindung kita
Dia tempat bergantung

Diwaktu lupa Dia ingatkan
Diwaktu lapar Dia beri makan

Tuhan adalah segala-galanya.

Kagumilah Penciptanya


Engkau terpesona dengan keindahan bunga,
Engkau ucapkan dengan bahasa yang indah,
Rupanya mata kepala engkau celik,
mata hati engkau buta,
Engkau tidak terpesona dengan Sang Penciptanya,
Bunga engkau sebut tapi Tuhan engkau tidak menyebutnya.

Engkau terpesona dan kagum dengan wanita cantik
Engkau jatuh hati dengannya,
Engkau gambarkan dengan bahasa yang indah,

Tapi engkau lupa dengan Penciptanya,
Yang patut engkau jatuh hati dengan-Nya.
Engkau rasa hebat dengan dunia, laut, gaung,
Engkau gambarkan dengan bahasa-bahasa yang menarik dan indah,

Tapi engkau lupa itu tanda kebesaran Tuhan yang menciptanya,
Yang sepatutnya engkau gerun dan tersembam menyembah-Nya.

Engkau mabuk memuji ciptaan-Nya kerana hati engkau sudah buta.
Mata kepala engkau sahaja yang berfungsi,
Mata hati sudah tidak lagi.
Janganlah engkau menjadi penyair yang dimabukkan oleh mata,
Tapi tidak dimabukkan oleh hati.

Mengapa engkau butakan mata hati?
Dan engkau celikkan mata kepala?
Mata kepala kelak akan menjadi bangkai atau tanah.
Yang akan berhadapan dengan Tuhan,
Hati dan roh yang kekal abadi.

This Is Allah

Allah, the ONE AND only God Most Supreme
His existence has no beginning nor ending
Because He was not created
None was involved in His EXISTENCE

His Power is the greatest and is limitless
His wishes materialize when He commands it to be
Be, and straight away it shall be
And noONE can intervene

Allah's domain does not accupy space
For space IT was created by Him
He alone gives and He needs nothing in return
As he, He is Omnipotent

Allah, He is absolute
But He has no FORM or space
For space, it is one of His creations
And wHether He is worshipPED or not
It does not AFFECT, His supremacy
If it's EFFECTED, it could mean inadequacy
And He remains in His own perfection
Most pure is HE from any inadequacies
Only He who is Eternity

He is not preceded by nought at all
His being, it can never be imagined
Whatever from He is conceived
That will only be a game the syaitan



Malay Version

Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan

Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendak-Nya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang
Ia, tiada bertempat
Kerana tempat Ia yang menjadikan
Ia memberi tiada mengambil manfaat
Kerana Dia tiada berhajat

Ia sudah sempurna
Tiada mengambil ruang
Kerana ruang itu ciptaan-Nya
Dia disembah atau tidak
Tiada berkurang tiada bertambah
Kalau bertambah ertinya Ia kurang
Dia tetap dengan kesempurnaannya
Maha Suci Ia dari kekurangan
Ia sedia kala

Tiada didahului oleh tiada
Zatnya tidak dapat difikirkan
Bagaimanapun dibayangkan
Itu semua mainan setan
Bila dia Zat Yang Maha Agung)

Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan

Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendaknya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang


*by Mawaddah

Thursday, March 19

Mana Satu Yang Paling Utama?


Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda... apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

*group pak belang

Smart Kid's Letter to Dad

A father passing by his son's bedroom was astonished to see that his bed was nicely made and everything was picked up. Then he saw an envelope, propped up prominently on the pillow that was addressed to 'Dad.'With the worst premonition he opened the envelope with trembling hands and read the letter.

Dear Dad:
It is with great regret and sorrow that I'm writing you. I had to elope with my new girlfriend because I wanted to avoid a scene with Mom and you. I have been finding real passion with Stacy and she is so nice.

But I knew you would not approve of her because of all her piercing, tattoos tight motorcycle clothes and the fact that she is much older than I am. But it' s not only the passion...Dad, she's pregnant.

Stacy said that we will be very happy. She owns a trailer in the woods and has a stack of firewood for the whole winter. We share a dream of having many more children.

Stacy has opened my eyes to the fact that marijuana doesn't really hurt anyone. we'll be growing it for ourselves and trading it with the other people that live nearby for cocaine and ecstasy. In the meantime we will pray that science finds a cure for AIDS so Stacy can get better. She deserves it.

Don't worry Dad. I'm 15 and I know how to take care of myself. Someday I'm sure that we will be back to visit so that you can get to know your grandchildren.

Love,
Your Son John

PS.
Dad, none of the above is true.. I'm over at Tommy's house. I just wanted to remind you there are worse things in life than the Report Card in my desk drawer.

I love you.

Call me when it's safe to come home..

*group Pak Belang

Monday, March 16

Joke Best!



This is a "BEST JOKE" award winner in UK

One Chinese person walks into a bar in America late one night and he saw Steven Spielberg. As he was a great fan of his movies, he rushes over to him, and asks for his autograph.

Instead, Spielberg gives him a slap and says "You Chinese people bombed our Pearl Harbor, get out of here."

The astonished Chinese man replied "It was not the Chinese who bombed your Pearl Harbor , it was the Japanese".

"Chinese, Japanese, Taiwanese, you're all the same," replied Spielberg.

In return, the Chinese gives Spielberg a slap and says "You sank the Titanic; my forefathers were on that ship."

Shocked, Spielberg replies "It was the iceberg that sank the ship, not me."
The Chinese replies, "Iceberg, Spielberg, Carlsberg, you're all the same."

This particular joke won an award for the best joke in a competition in Britain ...

Surat Mintak Keje Sape Ntah

Macam tak caya je..

Surat ini memang betul diterima oleh MAS.

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta-merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)

Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)

Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.

Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri.

Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai. Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

* dari group pak belang

Perihal Filem


Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA .

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India / Hindustan .

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Yang benar,

Ah yau Jengkol Spielberg.
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg ).

*dari group jenaka.com

Kerja Kosong

TAWARAN KERJA

Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra shj
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40 tahun

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM200
6. Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan
mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 23 April 2008 di Jabatan Pertahanan Awam

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran jawatan.


Jawatan:
1. Power Rangers


2. Kamen Riders


3. Ultraman


4. Sailormoon (wanita shj)



* emel fwd group pak belang.

Balik Kelantan Kali Pertama Selepas Adam Balik Shah Alam

Adam nangis dalam flight sebab lapar... Huhuhu.. nak susu.. nak susu...


Waa.. bestnye tengok awan dari dekat..


Penat ke Ayah? Sepanjang perjalanan dok riba Adam je....


Adam nangis pun Ayah cool je.. Ayah Adam memang cam tu...


Ni Adam time dah boring sangat dah... makan tangan sendiri jelah..


Cepatlah sampai..., Adam dah rimas ni.., tolonglah.. huhuhu...


Brrrr.... hehe, baru pandai sembur..ekekeke..


Mama... penat!


Nak berdiri! Nak berdiri!

Friday, March 13

God Is The Light



How great the wonders of the heavens
And the timeless beauty of the night
How great -- then how great the creator?
And its star like priceless jewels far beyond the reach of kings
Bow down for the shepard guiding him home
But how many eyes are closed to the wonder of this night?
Like pearls, hidden, deep beneath a dark stream of desires
But like dreams vanish with the call to prayer
And the dawn extinguishes night - here too are signs
God is the light
God is the light
How great the beauty of the Earth and the creatures who dwell on her
How great -- then how great the creator?
As it's mountains pierce the clouds hight about the lives of men
Weeping rivers for thousands of years
But how many hearts are closed to the wonders of this sight?
Like birds in a cage, asleep with closed wings
But as work stops with the call to prayer
And the birds recite - here too are signs
God is the light
God is the light
How great the works of man and the things he makes
How great -- then how great the creator?
Though he strives to reach the heavens he can barely survive
The wars of the world he lives in
Yet how many times he's tried, himself to immortalize?
Like his parents before him in the garden of Eden
But like the sun sets with the call to prayer
And surrenders to the night here too are signs
God is the light everlasting
God is the light everlasting
God is the light everlasting
God is the light everlasting

*by Yusuf Islam

Wednesday, March 11

Bayar Tol Yang Sama 3 Kali Dalam Masa 30 Minit

Hari yang kelam kabut, ari ni aku jadi road runner, keluar rumah lambat..., padahal manjang lambat sejak dua menjak ni, teruk betul aku ni, baru je petang semalam aku berazam nak datang ofis awal dan siapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan, humm tapi yang jadiknya lambat jugak.... Itulah dia, kita manusia ni hanya merancang dan rancang, tapi Allah jua yang menentukannya. Lepas tol Bukit Jelutong Guthrie aku terfikir pasal apa yg tertinggal, dari keluar rumah lagi tak sedap hati, rasa cam ada barang tertinggal, um, cek punya cek.., memang adalah barang My Adam Daqiqi yang tertinggal, barang pentinglak tu, so nak tak nak aku kena patah balik, lambat pun lambatlah.

Adam yang dah tensen dok fikir2 kenapa perjalanan ke nursery hari ni jauh daripada biasa.

Aku buat U turn kat exit Bukit Jelutong, sampai kat persimpangan puncak Alam aku masuk situ, nak skip tol lah konon, sampai je depan sket dekat2 subang permai, cett! Jalan jem lah pulak! Huh, aku bagi signal cepat2 n terus u turn masuk Guthrie balik n kena lalu tol Bukit Jelutong tu lagi, n sampailah rumah. Untuk dtg keje balik kenalah lalu tol tu lagi untuk ke 3 kalinya... huhu.. Vavava.. syabbas bette.. syabbas! Tensen! tensen! last2 kul 10.30 baru aku sampai ofis, on the way tu Adam macam nak nangis dah.., yelah, cian dia, lamelak pagi ni dia terpaksa melepakkan dirinya di dalam bakul yang sumpah memang dah sempit sangat dah untuk my son yg semakin panjang tu..., sabar ye Adam, jap lagi sampailah nursery Adam.... Maaf ye, susahkan Adam pagi ni.

Monday, March 9

Happy birthday Mama!

Bunga untuk hari jadi Mama.

Hari ni adalah hari lahir Mama, genap umur Mama .. hehe, tak yah lah bagitau, ala Mama Adam muda lagi.. kan Mama? Kebetulan juga hari ni adalah hari kelahiran Rasulullah s.a.w, bertuah Mama, semoga Mama sentiasa diberkati Allah hendaknya.

Sambutan hari MaulidurRasul di Hentian Kajang.

Tapi hari ni jugak adalah hari yang paling sibuk untuk kami sekeluarga sebab kami menyertai sambutan hari Maulidur Rasul di Kajang, ada makan-makan, ucapan pihak2 terlibat dan persembahan sketsa dan nasyid, boleh tahanlah meriahnya. Ramai kawan2 Mama n Ayah kat situ, sampai petang jugalah baru kami balik. Adam pakai baju melayu lagi hari tu, ramai yang tegur Adam sebab baju melayu Adam cam besar sket..., cam hari raya lak.. Adam tak tahu lagi lah nak cerita, bunga kat atas tu kan..., haa itu org yg istimewa di hati Mama yang bagi, surprise tuk Mama! Sape ek? Ayah sape yg bagi bunga tu...? :-)

Ni gambar Adam masa pakai baju melayu tu, hehe, tapi baring je.. lame2 tertidur..

Ni muka Adam yang dah hilang sabar dah asyik baring je.. rimas lah...

Friday, March 6

Adam 5 Bulan

Hari ni genap umur Adam lima bulan, kejap je rasa, tapi bila sape2 tgk Adam ni, dorang bajet umur Adam dah enam bulan ke atas, yang cakap Adam cam budak umur setahun pun ada. Dari Adam dalam pantang lagi cam tu, masa Adam dalam pantang, ramai cakap Adam cam dah dua bulan, masa dua bulan dorang kata Adam cam dah lima bulan, masa lima bulan gitulah.. Advance lak fizikal Adam ni, Ayah bagitau Adam besar ni, ikut Tuk Man (Atuk belah Ayah), Ayah tak perasan kot dia pun bleh tahan gak.. ekekeke (gelak gaya apa ntah) Mamalah suka gelak cam ni bila sms, haaa... ingat Adam tak tahu ke? Adam tahula..., hehehe.

Humm, ni cite sedih lak (macam lah tadi cite seronok sgt), dah beberapa malam dah tido Adam cam terganggu, tak boleh nak nyenyak sgtla.. dua malam lepas batuk tak henti2, tu yang tak boleh tidur, Adam tahu Mama susah hati tgk Adam, tapi nak buat macam mana, Tuhan menguji tidak akan berhenti, kita redha jelah, Adam ada ingat Mama bagitau apa2 pun berlaku walau sekecil-kecil perkara semua dalam pengetahuan Allah, semestinya ada hikmah dan maksud tersembunyi, untuk hapuskan dosa dan untuk meningkatkan darjat org2 mukmin, Adam harap Adam takkan lupakannya sampai bila2 dan menjadi penyuntik semangat Adam untuk menghadapi cabaran2 di hari mendatang.

Tuesday, March 3

Apa Nak jadi?

Semalam sikit, ari ni banyak sikit... teka apa dia..? Ala tekalah, oklah, aku terus bagitau, sebenarnya,masa nak klua parking semalam, ntah mana menerawang kepala aku, nak reverse keluar parking aku main reverse je..., selalu aku cukup minat guna cermin pandang belakang, sisi dan macam-macam cermin lagi. Apa jadi bolehlah fikir2 bila reverse tak pandang belakang, langgar le jawabnya, aku langgar bumper Viva.. bump! Huhu, aku turun tgk sat, nasib baik tak de bekas, perlahan pun langgarnya, kete aku pun tak de bekas....! Syukur alhamdulillah....

Itu cite petang semalam, ni citer pagi nih, sebab dah lambat, tempat yg aku selalu parking dah penuh, so aku carilah port lain (tempat parking haram =free), sesak sangat, ruang pun sempit, masa nak masuk tu, sreeeeet!! Huhu, kete aku dah cium bumper Viva lagi, gatal n mengada betul..., aku turun lagi jenguk, alhamdulillah, kete tu ok, kete aku jelah, cam cacat sket.. huh! setelah lima tahun aku bawak kete, ni kali pertama, aku wat hal.., kah3.. ok lah kan, bolehlah jadi bahan aku memblog kat sini, oklah, aku nak sambung wat keje dah... itu jelah story untuk hari ni...