Me a Sunflower!

My photo
Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Friday, March 20

Bagaimana Untuk Lebih Tenang Bila Ada Problem?

Bila ujian melanda, tak kisahlah ujian apa2 pun, anak demam ke, tak de duit ke, lembu hilang ke (ada lagi ke pelihara lembu skang ni? aku gak jawab, kat kg ada lagi..., kat bandar cam tak de je...), banyak keje ke, pemadam hilang ke atau ujian add maths ke, fizik ke, atau pape sajelah benda yang boleh mendatang kesusahan dan wat jiwa jadi kacau itulah ujian. Ujian ni kalau nak tau, untuk orang mukmin adalah sebagai cara penghapusan dosa dan untuk meningkatkan iman seseorang.

Berbalik kepada tajuk post aku ari ni (sebab aku nampak macam dah nak terpesong jauh dari tajuk..,) eh, cakap pasal terpesong tajuk ni kan..., masa aku sekolah rendah dulu aku pernah tau buat karangan terpesong tajuk, selalu BM aku dapat 80 ke atas tapi untuk pertama kalinya aku dapat markah BM 57 je, cikgu kata tu pun markah kesian untuk ganti rugi penggunaan pensel aku ..., aku ingat lagi.., sedih sgt2 time tu sbb tak dapat A untuk BM, lepas tu aku hati2 gile bila nak wat karangan.

Eh eh, lari tajuk betul ni, tajuk post apa ek? Jap aku tengok balik, "Bagaimana Untuk Lebih Tenang Bila Ada Problem?" Tulah kelemahan manusia kan, pe yang dirancang tak semestinya dia mampu buat if Tuhan tak izinkan, planlah kaw2 punya pun tapi if Tuhan tak izin jangan haraplah boleh buat, jadi sebagai manusia yang mengaku kita ni hamba Allah tak payahlah nak sombong2 kata diri pandai ke, cantik ke, best ke, semua tu hak Tuhan, if Dia nak tarik time2 ni jugak boleh.

Aku rasa alangkah bagusnya kalau tajuk post aku ni ditukar kepada tajuk " free tittle", tul tak? So tak de sapa leh cakap aku lari dari tajuk, hehehe.., yela2 aku serius dah ni.... umm, lain orang lain cara kan untuk handle problem? Tapi kalau akulah, cara yang paling berkesan adalah dengan kembali kepada Tuhan..., fikirkan benda2 yang positif dan yang paling penting adalah bersangka baik pada Tuhan.

Takkan Allah buat sesuatu dengan sia2kan, pasti ada makna dan hikmahnya, walau kita perit untuk melaluinya, tapi yakinlah, lambat laun kita akan temui manisnya, jika dilanda kecewa dengan manusia, fikirkanlah..., bukankah manusia itu lemah, selalu bersifat tidak adil, macamlah kita ni bagus sgtkan, untuk orang lain buat baik kat kita 24 jam, kita pun selalu jugak buat orang lain sedih dan terluka dengan perbuatan kita, jadilah adillah kita pun merasainya juga. Untuk hati jadi tenang dan rileks bila semua tu berlaku..., fikirkan lah..., buat apa nak berharap dan mengadu pada manusia? Alangkah lebih baik kita berharap dan mengadu pada Tuhan saje. Bukankah semua perkara walau sebesar zarah pun tidak terlepas dari perhatian Allah? Maka sudah tentu ada sebabnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Allah tau, dan Allah juga izinkan ia berlaku pada kita.

Dengan fikir cam tu insyaAllah hati lebih tenang bila kita kecewa, kita pun leh act cam tak de pape pun berlaku. analogi dia cam nilah, aku ni kan seorang yang sangat tak suka tengok cerita2 sedih lagi menyayat hati, tapi yang menjadi masalah aku sebab aku ni minat sangat ngn filem hindi. Faham2 jelah filem hindi cam mana, penuh dengan unsur2 air mata lagi kejam, begitu gak dengan cite indon, yang baik tu teramatlah baik cam malaikat, yang jahatlak aku rasa syaitan pun tak puas hati (sebab lagi jahat dan kerek dari syaitan gamaknya) So bila wujud scene2 cam tu kan, aku sedapkan hati aku dengan cakap, alah.., apa nak kesah? Dah pengarah suruh dia buat cam tu, dia buatlah, kru2 filem keliling die tu, tak de pe nak risau... hehehe.. habis spoil kalau sape2 yang dok sama2 tgk cite dengan aku, adik aku marah sungguhlah kalau aku cakap cam tu. Hehe....

Sambung balik.... Manusia boleh pergi dan meninggalkan kita sesuka hatinya, tapi Allah.. tetap setia membantu dan mendengar rintihan kita, tidak kira masa, jika rasa itulah kita dapat suburkan dalam hati kita, insyaAllah ketenangan akan jadi milik kita walau apa jua keadaan kita, Tuhan menguji takkan berhenti.., itu sudah pasti, tak diuji cam mana nak tau stage iman kita.

Apa-apa pun kita kena sentiasa ada dlm diri azam untuk sentiasa baiki diri, dan sentiasa tanam sangka baik dengan Tuhan... sangka baik dengan Tuhan.., sebab perlu diingat bersangka buruk dengan Tuhan adalah satu dosa, sebab Tuhan sangat Maha Baik.

Baiknya Tuhan Kita...

Baiknya Tuhan kita
Diwaktu kita tidur Dialah yang menjaga
Diwaktu seorang Dia penghibur kita
Diwaktu kita lupa mengingatkan kita
Jika kita buat baik diberi pahala

Baiknya Tuhan Kita
Apabila buat jahat diampunkannnya kita jika kita bertaubat
Kalau tersalah dan tersilap dimaafkannya kita jika kita insaf
Diwaktu kita lapar Dia beri makan
Diwaktu kita sakit Dia yang menyembuhkan

Tuhan pelindung kita
Dia tempat bergantung

Diwaktu lupa Dia ingatkan
Diwaktu lapar Dia beri makan

Tuhan adalah segala-galanya.

No comments:

Post a Comment