Me a Sunflower!

My photo
Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Tuesday, March 31

Cara Allah Memberi Rezeki



Manusia memberi binatang makanan macam-macam cara,
ada kalanya disuapkan ke mulutnya,
adakalanya dilonggok di satu tempat,
tidak kira bersihkah tempat itu atau tidak,
adakalanya diletakkan di sebuah bekas,
adakalanya dilemparkan ke mukanya,
adakalanya dilempar dan ditabur merata-rata,
pada haiwan-haiwan itu mereka tidak terasa apa-apa.
Yang mereka rasa bangga mendapat makanan,
tidak terasa apa-apa bagaimana cara dia diberi makanan.

Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia bermacam-macam caranya,
ada secara bersih,
ada secara kotor,
ada separuh bersih dan separuh kotor,
ada secara terhormat,
ada secara terhina,
ada secara rahmat,
ada secara istidraj.
Tapi kebanyakan manusia tidak sedar kecuali golongan yang sedikit yang mata hatinya terbuka.

Salam kasih sayang & mzb.

*daripada Dr Ainun @ mak

No comments:

Post a Comment