Me a Sunflower!

My photo
Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Thursday, June 2

Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan penuh berkat buat semua sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian. Moga ramadhan kali ini menjanjikan kejayaan dan kemenangan buat kita, terutama menang dalam melawan/perang nafsu dalam diri.

Bimbang (Ramadhan)

Tuhan, mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain, ooh…
Setiap kedatangan Ramadhan
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan Ramadhan penuh duka
Bukan aku benci bulanMu
Yang penuh rahmat dan berkat
Tapi aku benci diriku
Aku bimbang RamadhanMu
Aku tidak mengisi sebaiknya

Aku rasa puasaku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa sembahyangku tidak sah
Terawih, bacaan Al-Quran aku
Tidak sampai ke mana

Tuhan, itulah menyelubungi hatiku
Setiap kali kedatangan Ramadhan
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku, Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan,
Kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku, betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu, Tuhan...


Sent from my ASUS

Tuesday, November 24

Sajak Pertama


Indahnya skrip Allah
Ayah pergi dikala Ibu sangatlah telah disiapkan
Disiapkan dengan hati yang tajam
Hati yang sangat membela Allah Rasul
Hati yang sangat sanggup mati utk Islam
Hati yang sangat hidup Ayah didasarnya
Hasilnya syarikat Ayah semakin maju dan maju
Syarikat Ayah bertambah laju dan laju
Allah dan Rasul terus terbela oleh Ibu..
Islam terus menang dan menang

Indahnya skrip Allah
Ibu pula pergi dikala barisan hati seperti Ayah telah Ibu siapkan
Walau lahirnya tidaklah seperti Ayah,
Tapi ibu tegaskan itulah Ayah
Mereka itulah Ayah buat semua
Burulah berkat mereka..
Mintalah dengan Allah nak hati seperti mereka
Usahakan RASA seperti mereka
Hasilnya nanti lebih laju.. bertambah laju.
Islam tetaplah terus menang dan menang

Indahnya skrip Allah
Ibu pergi anak remaja ibu telah ibu peranankan
Telah Ibu susunkan
Telah Ibu ajarkan
Telah Ibu hikmahkan..
Walau sedikit
Mereka mula faham..
Mereka mula nak bela Islam
Mereka mula nak bangunkan hati yang lama suram
Mereka mula nak serah hati untuk Islam
Mereka mula dan sanggup mati demi Islam
Merekalah.. merekalah akan sambung tugas Ibu..
Berpandukan Ayah baru yang Ibu berikan
Hasil berkat Mereka yang Ibu tegaskan
Islam pasti terus menang dan menang
Janji Tuhan pasti akan dikotakan



7.10 a.m Subang
24/10/2015
-Nira-

Monday, October 27

Bacalah Dan Rasailah Air Mata Cinta Rasulullah


sempena maal hijrah aku panjangkan kisah ini... KISAH SEORANG LELAKI
YANG INGIN MEMUKUL
RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".

Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia
berkata:

"Ya Rasulullah! Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada
sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka
berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. sampaikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu
Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke
hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda...........pukullah kami
wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".

Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".

Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya
Rasulullah........sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk
Rasulullah S.A.W.

MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.

SEBARKAN WALAU PUN SATU AYAT.Sent from: Lenovo S650

Thursday, June 5

Perubahan Jasad Setelah Kematian

Akhir Tubuh Jasad Kita

Sesaat sebelum mati, Anda akan merasakan jantung berhenti berdegup, nafas tertahan dan badan bergetar.

Anda merasa dingin ditelinga. Darah berubah menjadi asam dan saluran nafas mengecut

0 Minit ...
Kematian secara medikal terjadi ketika otak kehabisan bekalan oksigen.

1 Minit ...
Darah berubah warna dan otot kehilangan kontraksi, isi kantung air kencing keluar tanpa izin.

3 Minit ...
Sel-sel otak tewas secara total. Saat ini otak benar-benar berhenti berfikir.

4 – 5 Minit ...
Pupil mata membesar dan berselaput.
Bola mata berkedut kerana kehilangan tekanan darah.

7 – 9 Minit ...
Penghubung ke otak mulai mati.

1 – 4 Jam ...
Rigor Mortis (fasa dimana keseluruhan otot di tubuh menjadi kaku) membuat otot kaku dan rambut berdiri, kesannya rambut tetap tumbuh setelah mati.

4 – 6 Jam ...
Rigor Mortis Terus beraksi. Darah yang berkumpul lalu mati dan warna kulit menghitam.

6 Jam ...
Otot masih berkontraksi. Proses penghancuran, seperti kesan alkohol masih berjalan.

8 Jam ...
Suhu tubuh langsung menurun drastik

24 – 72 Jam ...
Isi perut membusuk oleh mikroba dan pankreas mulai mencerna dirinya sendiri.

36 – 48 Jam ...
Rigor Mortis berhenti, tubuh anda selentur penari ballet

3 – 5 Hari ...
Pembusukan mengakibatkan luka skala besar, darah menitis keluar dari mulut dan hidung.

8 – 10 Hari ...
Warna tubuh berubah dari hijau ke merah sejalan dengan membusuknya darah.

Beberapa Minggu ..
Rambut, kuku dan gigi dengan mudahnya terlepas.

Satu Bulan ... 
Kulit Anda mulai mencair.

Satu Tahun ...
Tidak ada lagi yang tersisa dari tubuh Anda.

Anda yang sewaktu hidupnya cantik, gagah, kacak, kaya dan
berkuasa, sekarang hanyalah tumpukan tulang-belulang yang menyedihkan.

Jadi, apa yang mau disombongkan orang sebenarnya ???….

Apa yang hendak kau sombongkan wahai diri...?

Oleh Kerana itu..
Aamiin-kan Do'a ini

Ya Allah..
Jangan engkau Ambil Nyawa kami kecuali dalam keadaan Husnul khatimah..

Aamiin

Friday, February 7

Bumi Bulat

TIKUS & ANCAMAN PERANGKAP
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...
Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…
"Apa makanan dalam kotak ini?" bayang tikus tersebut yang kelaparan.
Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!
Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, "Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!"
Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, "Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana."
Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.
"Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali," kata Sang Tikus.
Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, "Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana."
Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, "Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali" dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.
Sang Kerbau berkata,"WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak."
Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.
Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi "PAPP!" seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.
Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.
Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.
Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.
Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.
Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.
Wahai anakku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.
Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
Senyum.
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html






















Wednesday, February 5

Menangislah Selalu..

Tiap kali dengar lagu ni mesti nangis..

Menangislah selalu

Menangislah selalu
Nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk
Belum tentu di terima

Kita patut selalu pilu
Mengenang nasib sendiri
Kematian belum tentu
Apakah dalam iman
Atau pun sebaliknya

Kita patut selalu pilu
Walaupun kita beramal
Belum tentu diterima

Walaupun dalam petunjuk
Apakah sampai ke hujung
Kita tiada masa ketawa
Walaupun kita bertaubat
Belum pasti diterima

Menangislah selalu
Penutup umur kita belum tahu
Mintalah kepada Tuhan
Agar petunjuknya sampai ke sudah

Menangislah selalu
Nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk
Belum tentu di terima

http://www.mediafire.com/download/a0nfic4unvhmh0d/Menangislah-Selalu.mp3
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html