Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Friday, May 18

Ujian

U.J.I.A.N.... baca secara mengeja tau... bila dipukul ejaan tu ujian jadinya.  Mat saleh cakap test, exam pun boleh, tapi selalunya kalau exam tu macam agak besar n rasmi sketlah. Dari sekolah rendah atau tadika lagi, hujung hujung sesuatu pelajaran atau bab atau apa-apa sajalah, mesti diadakan ujian. Kita semua sedia maklum kan, untuk apa dibuat ujian? Cuba aku senaraikan dalam bentuk point supaya senang sket nampak..

  • Nak tau sejauh mana kefahaman kita tentang sesuatu apa yang dipelajari - yelah kalau takde ujian mana nak tau faham ke tidak selama ni apa yang di ajar tu.
  • boleh ke tak nak apply - dah berbuih mulut cikgu tu ajar abc n membaca, tak buat ujian macam mana nak tau dah boleh membaca ke tidak budak-budak tu. 
Itu hanya dua point yang disenaraikan tuk ujian di peringkat tadika, ambik tadika sebagai contoh sebab ia paling simple. Itu dua point yang paling mudah untuk beri faham tujuan ujian kat sekolah atau mana-mana institusi pengajian. Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah berkenaan ujian hidup.

Kita ni adalah hamba Allah, setiap kita takkan terlepas daripada ujian. Biasalah, ada ujian yang mudah dan tak kurang juga ujian yang susah, bergantung kepada kemampuan dan tahap iman masing-masing. Samalah juga dalam sistem pendidikan kita, ada PMR, ada SPM dan juga STPM. Di universiti pulak lain ujiannya, yang nak dapat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, PhD dan seterusnya, masing-masing ada syarat yang perlu ditempuh, tak cukup syaratnya jangan haraplah nak dapat apa yang dicitakan tu, tapi zaman sekarang boleh beli ek kadang-kadang? Takpe takpe nanti aku buka topik khas untuk cerita hal tu.

Setiap ujian itu tidak sama kan? Dan orang-orang yang nak diuji pun tidak sama juga. Ada orang diuji dengan benda yang mudah mudah saja, itupun baginya sudah susah dan cukup payah untuk diselesaikan, ada orang diuji dengan benda yang sangatlah berat tapi dia berjaya hadapinya dengan baik. Keupayaan menghadapi itulah bergantung kepada persediaan dan latar belakang individu. Yelah, kalau soalan UPSR diberi pada calon SPM pasti dorang akan cakap " alahai kacang kedai mamak soalan ni ". Padahal soalan yang sama juga jenuh untuk disiapkan oleh budak yang sepatutnya menduduki UPSR.

Tetapi soalan UPSR itu jika diberi kepada budak yang cukup persediaan pasti dia akan menjawabnya dengan senyuman. Sebab apa? sebab dia sudah cukup bersedia, segalanya mudah baginya.



Begitulah kita dalam kehidupan seharian, Tuhan takkan berhenti menguji kita dengan ujian yang bermacam-macam. lepas satu akan ada satu lagi, takkan habis sampai lah hembusan nafas terakhir.Tapi jangan sangka ujian berakhir setelah kematian menjemput kerana di sana walau sudah tidak ada lagi ujian tetapi seolah-olah kita perlu tempuh dunia praktikal pula. Segala amalan kita di dunia, terjawablah di sana nanti duduk bangun kita, senang susah kita yang sebenar-benarnya.

Bila kita diuji, kita lepas, kita dapat duduki ujian seterusnya untuk melayakkan kita ke peringkat yang lebih tinggikan? Itu dalam sistem pendidikan. Dalam kehidupan kita ni pula, bila kita diuji, kita dapat lepasinya dengan sabar dan redha, pasti ganjarannya peningkatan iman dan taqwa. Maqam kita meningkat dan kita akan mendapat redha Allah. Itulah cita-cita mukmin sejati, apa yang dibuat redha Allah adalah matlamat.

 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-Ankabut: 2-3)

Allah maha pengasih dan penyayang, makin kasih DIA pada hambaNya, makinlah diuji untuk ditingkatkan lagi dan lagi iman dan darjat hambaNya di sisinya. Sebab itulah orang-orang soleh sangat takut kalau hidupnya dirasakan mudah dan tiada ujian, risau kalau-kalau Tuhan terlepas pandang padanya. 

 Rasulullah s.a.w. bersabda: 

 "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

 "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"



Ujian juga salah satu cara untuk Tuhan menggugurkan dosa-dosa kecil kita. kita ni manusia yang lemah dan pelupa, kadang-kadang ada dosa yang kita tak sedar dan tidak ditaubatkan. Ujian kesusahanlah caranya nak hapuskan dosa-dosa tersebut.

Umm, tiba-tiba je aku sebut tentang ujian kesusahan dapat hapuskan dosa-dosa. Sebenarnya bukan time susah je ujian, jangan kita lupa kesenangan dan nikmat itu ujian juga. Khaliq kita nak tahu ingat tak kita kat DIA time kita senang dan dapat nikmat tu. Ujian senang lagi susah sebenarnya sebab silap haribulan kita tewas dan tertipu hingga kita lupa pada Pemberi nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t.

kita rehat jap sambil beriklan dengar lagu ni.. dengar tau jangan tak dengar..



Firman Allah S.w.t yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” 
Surah AlBaqarah : Ayat 214
 
Firman Allah S.w.t,  

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”  
Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
Surah AsSyuura : Ayat 30

FirmanNya juga, 

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”
Surah Aali Imran : Ayat 146


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Surah AlBaqarah : Ayat 286
. 
Rujukan hadis.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  

“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “
Hadith riwayat Imam Tirmizi.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 

 “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
Hadith riwayat Imam Tirmizi.

to be continued..

No comments:

Post a Comment