Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Thursday, April 30

TENTERA TUHAN BERTINDAK

Di akhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai,
Mereka lupa bahawa Tuhan yang mengurniakan kepandaian itu,

tetapi terang-terangan mereka melupakan Tuhan,
Orang yang melupakan Tuhan sebenarnya telah menjadikan diri mereka ‘tuhan’ walau tidak dilafazkan
Maka Tuhan sedang mengisytiharkan PERANG kepada manusia yang pandai tetapi lupa Tuhan ini..
Tuhan hantarkan tentera ANGIN
untuk memusnahkan
Tuhan hantar tentera AIR
untuk merosakkan
Tuhan hantarkan tentera GEMPA
untuk menghancurkan bangunan
Tuhan hantarkan tentera yang sangat HALUS
yang dikatakan KUMAN
Tentera KUMAN ini lebih memusnahkan
mereka yang melupakan Tuhan
Tentera ini tidak memusnahkan bangunan
tetapi memusnahkan INSAN
Melalui tentera2 KUMAN ini
lahirlah penyakit2 AIDs, SARs, diabetis, kanser, HFMD dan lain-lain..
yang menakutkan dan boleh mematikan…

Datang lagi tentera2 Tuhan
melalui BURUNG & UNGGAS
‘ Selsema burung’ namanya…

yang sangat menakutkan

Tuhan arahkan tentera NYAMUK
untuk memusnahkan manusia
penyakit denggi namanya,

yang lebih cepat manusia terkorban..

Dimanakah kepandaian manusia
hendak melawan kepandaian Tuhan? Dimanakah kekuasaan manusia hendak melawan kekuasaan Tuhan?
Tentera2 ini menyerang tidak mengenal bangsa…

Bangsa sekuat Amerika turut diserang..

tentera Tuhan yang ini mereka
tak dapat melawan,
Setiap hari manusia yang pandai2 ini pening memikirkan
cara berhadapan dengan tentera Tuhan
Manusia dalam ketakutan
Berbagai2 bentuk dan rupa tentera Tuhan menyerang
Tetapi manusia belum lagi insaf dan menyerah
surrender kepada Tuhan
mereka mencari berbagai2 jalan untuk mengatasi
serangan Tuhan
Semakin mereka mencari jalan untuk mengatasi,

Semakin galaklah tentera Tuhan terus menyerang…

Dihantar berbagai2 jenis tentera
yang tidak dapat dihalang…
Hingga zahirlah Imamul Mahdi
Baqiyatullah
orang simpanan Tuhan utk akhir zaman
Barulah Tuhan meredakan setiap insan...

ASZ
7/11/2005 - 21:40

No comments:

Post a Comment