Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Friday, April 3

Sabun Baba


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu
rakan sebilik saya." :D

*drpd group Pak Belang

2 comments:

  1. hehehe.. ingatkan baba tu panggilan kepada ayah dia, baba nak sama ngan Papa

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. sekali baca lak, ingatkan Baba tu cam brand, cam kari Baba tu..

    ReplyDelete