Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Thursday, June 25

Zuhud


Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kite sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kite tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kita hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kite boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat.

Allah jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hambanya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah kurniakan itu cukup untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan sama rata. Ada yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin.

Allah jadikan miskin kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, maka tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan ujud dan berkembang.

Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya samasama miskin.

Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.

Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi pula siapa yang akan jadi buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi barangan dan khidmat yang dikeluarkan. Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenal-mengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat.

Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala.

Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. la mesti disama ratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengkimendengki. Masyarakat akan menjadi kucar- kacir, kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan belaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan diri ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskin diri ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apaapa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskin diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk diagih-agihkan kepada golongan miskin dan masyarakat.

Inilah sebenarnya erti zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya. Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak. Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati. Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.

*Rasa Bertuhan

Peringatan Biasa


Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

L ima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Penyakit Hati


Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa "ketuanan" kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.

1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah kita memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita. kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi pemarah lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan membuatkan kita sentiasa berlemah lembut dn memaafkan kesalahan orang kepada kita.

2. Bila datang rasa nak marah kita kata begini:" Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisi-Mu. Tolonglah pelihara diriku daripada kejahatan nafsu ini dan selamatkan aku daripada api Neraka."

3. Sesudah itu kita diam. jangan marah tetapi bayakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?

4. Kita harus insaf bahawa setiap manusia termasuk diri kita sendiri, ada kelamahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahawa nanti kita pun bersalah dengan orang.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang itu memarahi kita. Maka begitulah juga kalau orang yang bersalah dengan kita. Dia tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya: " Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut." (Thaha: 44)

Sudah begitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih lagi perintahkan kepada Nabi-Nya supaya berlemah-lembut, hati manusia boleh jadi lembut dan insaf dan takut. Kalau kita berkasar bukan sahaja orang yang dikasari tidak menerima teguran kita, malah dia benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah pula, tercatit dengan kekerasan kita. Di sisi Allah, kita tercatit sebagai orang yang tidak berakhlak dan tidak berhikmah sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berhikmah. Maksudnya:

" Serulah (semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berhujahlah dengan mereka secara yang lebih baik." (An Nahl: 125)

*Titisan Embun

LAWAK UNTUK DIFIKIRKAN


Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja... ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!" Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah.... Macammana..? Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selainm terhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan? Daripada 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja... tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung... ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak? Tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...? Berapa banyak????
Wallahuaallam

*Group Pak Belang

Angkara Yahudi


Apabila Rasulullah s.a.w berjaya mendidik umat Islam menjadi satu bangsa yang berakhlak, bertamaddun, kuat berpegang kepada Tuhan, gagah, mampu menumbangkan kerajaan Rom dan Parsi dan mampu memimpin tiga suku dunia, semua manusia kagum. Lebih-lebih lagi, umat Arab yang dididik dan dipimpin oleh Rasulullah itu asalnya hanyalah pengembala-pengemba la kambing yang hidup berkabilah-kabilah di padang pasir, tidak berilmu, tidak pandai membaca dan menulis, tidak bertamaddun dan tidak bijak seperti bangsa-bangsa lain.

Berbeza dengan bangsa Yahudi. Di samping mereka itu bangsa yang tertua di dunia dan mempunyai banyak ilmu dan pengalaman, mereka juga merasakan mereka itu bangsa yang terpilih. Kebanyakan para nabi dan rasul adalah dari kalangan bangsa mereka. Oleh itu, apabila Rasulullah s.a.w. diutus dari kalangan bangsa Arab, bangsa Yahudi sangat cemburu dan iri hati. Mereka takut dengan kekuatan umat Islam.

Justeru itu, mereka mengkaji apakah rahsia dan punca umat Islam jadi kuat. Mereka mencari apa formula yang digunakan oleh Rasulullah untuk mendidik bangsa Arab yang sebegitu jahil dan lemah hingga boleh menjadi satu bangsa yang begitu gigih dan hebat.

Mereka dapati bahawa Rasulullah telah mendidik bangsa Arab itu dengan ketauhidan. Mereka dikenalkan kepada Allah dan kepada Akhirat. Hati-hati mereka di bersihkan daripada dunia dan dari segala sifat-sifat yang keji hingga bangsa Arab yang dipimpin dan dididik oleh Rasulullah itu menjadi bangsa yang s angat cinta dan takut dengan Tuhan, sangat cinta akhirat dan sangat berkasih sayang di antara satu sama lain.

Orang-orang Yahudi juga mendapati bahawa kekuatan umat Islam ketika itu bertolak daripada empat perkara seperti berikut:
* Taqwa
* Perpaduan
* Taat kepada Rasulullah
* Tawassul

Oleh kerana iri hati, takut dan tidak redhanya bangsa Yahudi terhadap umat Islam, maka mereka mencari jalan dan merancang untuk merosakkan semua perkara yang menjadi asas kekuatan umat Islam ini. Supaya umat Islam menjadi lemah. Mereka berusaha sedaya upaya supaya keempat-empat perkara ini dinyahkan atau dihindarkan dari umat Islam. Mereka cuba pisahkan umat Islam daripada keempat-empat sumber kekuatan ini. Mereka takut-takutkan umat Islam dari mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara tersebut atas berbagai-bagai alasan. Taksublah, syiriklah, sesatlah, bukan dari ajaran Islamlah dan berbagai-bagai lagi.

Padahal para sahabat sangat menghayati dan sangat mengamalkan perkara-perkara tersebut. Kerana itulah para sahabat jadi hebat dan kuat dan digeruni oleh musuh terutama Yahudi dan Nasrani. Mari kita lihat bagaimana Yahudi berusaha memisahkan dan menjauhkan umat Islam dari asas-asas kekuatan ini.

Taqwa
Dilalaikan umat Islam dengan amalan-amalan lahir semata-mata. Dicegah dan diharamkan hal-hal dan amalan-amalan yang berbentuk rohaniah, malahan disesatkan. Amalan-amalan tareqat yang banyak menjurus kepada membina roh, memperbaiki hati dan mendidik nafsu tidak digalakkan malahan dikatakan bukan dari ajaran Islam. Dikatakan semua itu hanya ciptaan orang-orang terkemudian dan dianggap bida'ah. Fahaman Wahabi banyak membawa isu seperti ini. Fahaman Wahabi sangat merosakkan ketaqwaan umat Islam. Fahaman Wahabi sangat menguntungkan musuh Islam. Disamping Wahabi, inilah juga kerja para-para ulama yang dididik dan mendapat ijazah dan Ph.d dari pusat-pusat pengajian di Barat dan Amerika.

Justeru itu, ibadah dan amalan umat Islam hanya tinggal yang lahir sahaja. Tidak ada rohnya. Solat tidak ada roh. Puasa tidak ada roh. Haji tidak ada roh. Baca Quran tidak ada roh. Semua amalan-amalan tersebut terputus dari Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan tidak dapat membina keinsanan umat Islam. Ibadah hanya untuk mengejar pahala dan fadhilat. Tuhan tidak ada dalam ibadah. Ibadah bukan lagi untuk mendapat rahmat, kasih sayang dan keampunan Tuhan . Tuhan dihilangkan dari ibadah umat Islam. Kesannya, hati-hati umat Islam dipenuhi dengan berbagai sifat mazmumah. Nafsu menjadi liar dan rakus.

Oleh kerana soal roh dikebelakangkan, maka agama Islam hanya tinggal akal. Segala hal dalam agama Islam diselesaikan dan cuba difahamkan dengan akal. Segala masalah umat Islam dirujuk kepada akal. Umat Islam tidak lagi merujuk kepada Tuhan dan tidak kembali lagi kepada Tuhan. Dalam ibadah dan kehidupan seharian, Tuhan ditinggal dan dilupakan. Hukum-hakam, perundangan, syariat, peraturan dan sistem yang Tuhan aturkan untuk manusia ditolak tepi. Semua itu diganti dengan sistem dan peraturan yang dicipta oleh akal manusia.

Perpaduan
Untuk memusnahkan kekuatan ini, bangsa Yahudi melahirkan berbagai ideologi dan isme-isme. Oleh itu, di kalangan sesama Islam, ada orang Islam yang berfahaman sosialis, nasionalis, kapitalis, demokrasi, bahkan ada orang Islam yang berfahaman komunis. Dengan fahaman yang berbeza-beza ini, maka umat Islam berpecah kepada berbagai-bagai puak, kumpulan dan parti mengikut fahaman mereka masing-masing.

Fahaman-fahaman ini lebih kuat mencengkam individu-individu tersebut dari agama Islam itu sendiri sehingga agama Islam yang mereka sama-sama anuti jadi kecil dan lemah dan tidak mampu untuk menyatupadukan mereka. Umat Islam lebih berideologi daripada beragama. Ideologi mereka mengatasi agama mereka. Dalam sistem demokrasi pula, diwujudkan sistem politik kepartian.

Maka umat Islam berpecah ke dalam berbagai-bagai parti mengikut fahaman mereka masing-masing. Atas landasan demokrasi, mereka merebut kuasa pemerintahan. Mereka terus berpecah kerana tidak sehaluan dan demi untuk menjaga kepentingan parti masing-masing. Ada parti yang bersifat nasionalis, sosialis, liberalis, buruh dan sebagainya. Orang Islam yang ada semangat untuk memperjuangkan Islam juga turut terpedaya dan terlibat dalam sistem demokrasi dan politik kepartian anjuran Yahudi ini yang bertujuan untuk melemah, memecah dan memusnahkan perpaduan umat Islam dengan membentuk parti demokrasi Islam.

Taat kepada Rasulullah s.a.w.
Di zaman ini, kerana Rasulullah sudah tidak ada lagi bersama kita, bolehlah kita samakan ketaatan ini dengan ketaatan kepada guru, terutama guru mursyid iaitu guru yang mengajar, mendidik, membimbing dan memimpin kita. Dalam Islam, perlu ada guru mursyid yang memimpin. Guru dan pemimpin perlu untuk mengikat murid-murid. Islam pula mewajibkan murid taat kepada guru. Yahudi sangat berusaha memusnahkan hubungan murid dengan guru ini. Mereka cuba putuskan. Apa yang diistilahkan sebagai ketaatan oleh Islam, mereka namakan taksub atau taksub membuta tuli. Ketaatan yang dituntut oleh Islam dengan tujuan supaya hubungan antara murid dan guru menjadi kuat dan mudah untuk murid dididik dan dipimpin, diselewengkan dan dikatakan taksub yang bahaya kerana guru mungkin menyalahgunakan murid untuk tujuan peribadi dan duniawi. Mereka sangka guru mursyid itu macam mereka yang tergila-gilakan dunia ini. Mereka cuba cacatkan akhlak dan peribadi guru. Mereka guna lidah ulama-ulama yang berkepentingan dan yang gila dunia. Ulama-ulama inilah yang membuat bising di akhbar dan media massa.

Tawassul
Tawassul adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada umat Islam. Orang awam boleh berdoa dengan perantaraan orang-orang yang soleh dan bertaqwa. Doa seperti ini cepat makbul. Ini tawassul namanya. Ia satu dari kekuatan umat Islam. Yahudi berusaha menyesatkan tawassul ini. Dikatakan tawassul itu syirik kerana meminta kepada makhluk dan tidak meminta terus kepada Allah. Ini supaya umat Islam takut dengan tawassul padahal ia adalah sumber kekuatan umat Islam.

Mereka sorokkan hakikat bahawa tawassul itu tetap meminta dari Tuhan, hanya diperkuatkan permintaan itu dengan berkat orang-orang soleh dan bertaqwa yang mereka itu sangat hampir dengan Tuhan. Sangat licik orang Yahudi. Mereka tidak berusaha ke arah semua ini secara terus menerus atau terang-terangan. Secara terus-menerus dan terang-terangan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana umat Islam akan curiga dan berwaspada terhadap angkara Yahudi ini. Mereka lakukannya secara halus. Mereka gunakan orang-orang Islam sendiri yang mereka pengaruhi untuk membuat kerja-kerja ini terutama yang mempunyai ilmu dan kuasa.

Bak kata pepatah Melayu, "hendak tebang pokok kayu, kenalah minta tolong pada kayu." Walaupun mata kapak itu besi tetapi hulunya kayu. Hendak musnahkan umat Islam, mesti gunakan orang Islam.

Betapa kini ramai umat Islam, khususnya di kalangan ulama, yang mendapat ilmu mereka dari tok-tok guru Yahudi terutama di beberapa universiti di Amerika dan Eropah. Tok-tok guru Yahudi ini hafal Quran dan puluhan ribu hadith, tetapi tidak beriman dan tidak Islam. Mereka siram ulama-ulama ini dengan ilmu Islam yang tidak ada roh, yang menyeleweng, yang sudah tercemar, yang mustakmal dan mutannajis. Mudah sahaja kaum Yahudi melakukan perkara ini kerana para ulama yang belajar dengan mereka bukan ikhlas belajar kerana Allah. Mereka hanya mahukan ijazah.Mereka belajar ilmu agama kerana hendak buru dunia. Mereka mahu jawatan dan pangkat. Dunia lebih mereka cintai dari Islam dan Tuhan. Mereka ini cinta dunia dan takut mati. Kalau tidak masakan mereka mahu belajar Islam dengan orang kafir. Bukan sahaja ilmunya tidak berkat, malahan ia digunakan pula untuk merosak dan melemahkan Islam.

* Group Ikhwan

Wednesday, June 17

Bersangka Baiklah..


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...

Monday, June 15

Air Mata Taubat Nabi Adam


Air Mata Taubat Nabi Adam

" Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata,

"Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu." Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

Renungan.... ......
Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba- Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba- Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.
Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba- Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .
Wahai hamba-hamba- Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba- Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba- Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba- Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.

*emel K Azifah