Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Thursday, June 25

Penyakit Hati


Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa "ketuanan" kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.

1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah kita memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita. kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi pemarah lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan membuatkan kita sentiasa berlemah lembut dn memaafkan kesalahan orang kepada kita.

2. Bila datang rasa nak marah kita kata begini:" Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisi-Mu. Tolonglah pelihara diriku daripada kejahatan nafsu ini dan selamatkan aku daripada api Neraka."

3. Sesudah itu kita diam. jangan marah tetapi bayakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?

4. Kita harus insaf bahawa setiap manusia termasuk diri kita sendiri, ada kelamahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahawa nanti kita pun bersalah dengan orang.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang itu memarahi kita. Maka begitulah juga kalau orang yang bersalah dengan kita. Dia tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya: " Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut." (Thaha: 44)

Sudah begitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih lagi perintahkan kepada Nabi-Nya supaya berlemah-lembut, hati manusia boleh jadi lembut dan insaf dan takut. Kalau kita berkasar bukan sahaja orang yang dikasari tidak menerima teguran kita, malah dia benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah pula, tercatit dengan kekerasan kita. Di sisi Allah, kita tercatit sebagai orang yang tidak berakhlak dan tidak berhikmah sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berhikmah. Maksudnya:

" Serulah (semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berhujahlah dengan mereka secara yang lebih baik." (An Nahl: 125)

*Titisan Embun

No comments:

Post a Comment