Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Friday, July 20

Tertipu Dengan Banyaknya Ibadah

Ada orang bila kurang dapat kasih sayang atau ditimpa masalah, jiwa jadi kosong. Untuk penuhkan jiwa yang kosong mereka berhibur, dengan muzik, pergi berkelah, menonton wayang, hisap dadah dan sebagainya. Tujuannya untuk mengisi jiwa yang kosong.Itu kalau tidak dipimpin.

Sebaliknya yang minat Islam bila jiwa kosong, mereka isikan Allah dalam jiwanya yang kosong itu dengan melakukan ibadah.Maka hebatlah orang ini beribadah. Boleh bangun tahajud malam ketika orang lain berdengkur. Banyak baca Quran, banyak zikir wirid sehingga orang kagum dengan ibadahnya. Tapi dalam diam-diam dia bersedih hati pada Tuhan sebab orang lain tak bangun Tahajud, tak baca Quran, lalai dari berzikir. Menangis dia depan Tuhan fikirkan kelalaian orang lain. Walhal dia tak sedar dia sudah tertipu dengan amalannya.

Pertamanya dia sudah menyangka buruk pada orang yang tak beramal macam dirinya.Walhal mungkin orang itu tidak bangun malam disebabkan dia sudah buat amalan lain yang lebih pahalanya dari bangun malam.

Keduanya dia sudah merasa diri baik.Rasa hati aman selepas selesai melakukan ibadah. Ini lagi sombong dengan Allah daripada orang yang berdengkur, jarang baca Quran dan lalai dari berzikir tetapi merasa diri bersalah dan berdosa.

Ketiganya dibimbangi nanti bila sudah kahwin dia tidak boleh buat amal ibadah macam sebelum kahwin. Bukan pasal sibuk, tetapi jiwa sudah ada pergantungan lain dari Allah. Sudah ada suami tempat bermanja dan tempat mengadu masalah. Ketika itu Allah tentu jauh dari hati.

Oleh itu janganlah rasa bangga dan aman hati kalau boleh banyak beribadah. Kerana bolehnya kita melakukan ketaatan itu adalah dari rahmat dan kasih sayang Allah.Patutnya kena bersyukur.Kalau orang lain belum buat macam yang kita buat, tolonglah doakan untuknya bukan pandang buruk pada mereka. Istiqamah beramal, sebelum kahwin dan selepas kahwin patutnya sama saja atau pun makin meningkat.

Marilah kita mohon dari Allah agar Dia ikhlaskan hati kita dalam beribadah

No comments:

Post a Comment