U.J.I.A.N....
baca secara mengeja tau... bila dipukul ejaan tu ujian jadinya. Mat
saleh cakap test, exam pun boleh, tapi selalunya kalau exam tu macam
agak besar n rasmi sketlah. Dari sekolah rendah atau tadika lagi, hujung
hujung sesuatu pelajaran atau bab atau apa-apa sajalah, mesti diadakan
ujian. Kita semua sedia maklum kan, untuk apa dibuat ujian? Cuba aku
senaraikan dalam bentuk point supaya senang sket nampak..
- Nak tau sejauh mana kefahaman kita tentang sesuatu apa yang dipelajari - yelah kalau takde ujian mana nak tau faham ke tidak selama ni apa yang di ajar tu.
- boleh ke tak nak apply - dah berbuih mulut cikgu tu ajar abc n membaca, tak buat ujian macam mana nak tau dah boleh membaca ke tidak budak-budak tu.
Itu
hanya dua point yang disenaraikan tuk ujian di peringkat tadika, ambik
tadika sebagai contoh sebab ia paling simple. Itu dua point yang paling
mudah untuk beri faham tujuan ujian kat sekolah atau mana-mana institusi
pengajian. Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah berkenaan ujian
hidup.
Kita
ni adalah hamba Allah, setiap kita takkan terlepas daripada ujian.
Biasalah, ada ujian yang mudah dan tak kurang juga ujian yang susah,
bergantung kepada kemampuan dan tahap iman masing-masing. Samalah juga
dalam sistem pendidikan kita, ada PMR, ada SPM dan juga STPM. Di
universiti pulak lain ujiannya, yang nak dapat ijazah sarjana
muda, ijazah sarjana, PhD dan seterusnya, masing-masing ada syarat yang
perlu ditempuh, tak cukup syaratnya jangan haraplah nak dapat apa yang
dicitakan tu, tapi zaman sekarang boleh beli ek kadang-kadang? Takpe
takpe nanti aku buka topik khas untuk cerita hal tu.
Setiap
ujian itu tidak sama kan? Dan orang-orang yang nak diuji pun tidak sama
juga. Ada orang diuji dengan benda yang mudah mudah saja, itupun baginya
sudah susah dan cukup payah untuk diselesaikan, ada orang diuji dengan
benda yang sangatlah berat tapi dia berjaya hadapinya dengan baik.
Keupayaan menghadapi itulah bergantung kepada persediaan dan latar
belakang individu. Yelah, kalau soalan UPSR diberi pada calon SPM pasti
dorang akan cakap " alahai kacang kedai mamak soalan ni ". Padahal soalan yang sama juga jenuh untuk disiapkan oleh budak yang sepatutnya menduduki UPSR.
Tetapi
soalan UPSR itu jika diberi kepada budak yang cukup persediaan pasti
dia akan menjawabnya dengan senyuman. Sebab apa? sebab dia sudah cukup
bersedia, segalanya mudah baginya.
Begitulah
kita dalam kehidupan seharian, Tuhan takkan berhenti menguji kita
dengan ujian yang bermacam-macam. lepas satu akan ada satu lagi, takkan
habis sampai lah hembusan nafas terakhir.Tapi jangan sangka ujian
berakhir setelah kematian menjemput kerana di sana walau sudah tidak ada
lagi ujian tetapi seolah-olah kita perlu tempuh dunia praktikal pula.
Segala amalan kita di dunia, terjawablah di sana nanti duduk bangun
kita, senang susah kita yang sebenar-benarnya.
Bila
kita diuji, kita lepas, kita dapat duduki ujian seterusnya untuk
melayakkan kita ke peringkat yang lebih tinggikan? Itu dalam sistem
pendidikan. Dalam kehidupan kita ni pula, bila kita diuji, kita dapat
lepasinya dengan sabar dan redha, pasti ganjarannya peningkatan iman dan
taqwa. Maqam kita meningkat dan kita akan mendapat redha Allah. Itulah
cita-cita mukmin sejati, apa yang dibuat redha Allah adalah matlamat.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan
nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-Ankabut: 2-3)
Allah
maha pengasih dan penyayang, makin kasih DIA pada hambaNya, makinlah
diuji untuk ditingkatkan lagi dan lagi iman dan darjat hambaNya di
sisinya. Sebab itulah orang-orang soleh sangat takut kalau hidupnya
dirasakan mudah dan tiada ujian, risau kalau-kalau Tuhan terlepas
pandang padanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
"Sesungguhnya,
jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji.
Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan
Allah s.w.t…"
Ujian
juga salah satu cara untuk Tuhan menggugurkan dosa-dosa kecil kita.
kita ni manusia yang lemah dan pelupa, kadang-kadang ada dosa yang kita
tak sedar dan tidak ditaubatkan. Ujian kesusahanlah caranya nak hapuskan
dosa-dosa tersebut.
Umm,
tiba-tiba je aku sebut tentang ujian kesusahan dapat hapuskan
dosa-dosa. Sebenarnya bukan time susah je ujian, jangan kita lupa
kesenangan dan nikmat itu ujian juga. Khaliq kita nak tahu ingat tak
kita kat DIA time kita senang dan dapat nikmat tu. Ujian senang lagi
susah sebenarnya sebab silap haribulan kita tewas dan tertipu hingga
kita lupa pada Pemberi nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t.
kita rehat jap sambil beriklan dengar lagu ni.. dengar tau jangan tak dengar..
Firman Allah S.w.t yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira
bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian)
sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa
oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan
bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
Surah AlBaqarah : Ayat 214
Firman Allah S.w.t,
“Yang menjadikan
mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih
baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”
Surah AlMulk : Ayat 2
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah
disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan
sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
Surah AsSyuura : Ayat 30
FirmanNya juga,
“Dan
berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar
dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana
bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak
(pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”
Surah Aali Imran : Ayat 146
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat
siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami
memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Surah AlBaqarah : Ayat 286
.
Rujukan hadis.
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “
Hadith riwayat Imam Tirmizi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji
oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah
dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
Hadith riwayat Imam Tirmizi.
to be continued..
No comments:
Post a Comment