Satu hari seorang pelancong USA dengan
sombongnya menyewa teksi untuk melancong sekitar Kuala Lumpur. Pemandu
teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi.
"Mr. John inilah menara Dayabumi. Dibuat
dari marmar putih, bila malam ia berkilauan. Kami ambil masa setahun
untuk menyiapkannya", kata pemandu teksi dengan bangga.
"Ceh! Kalau di USA bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja", kata pelancong tadi dengan angkuhnya.
Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan Kuala Lumpur pelancong tadi dibawa ke Menara KL.
"Mr. John inilah Menara Telekomunikasi
yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya",
kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan
pelancong USA tadi.
"Oh! Kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja", kata pelancong tadi dengan sombongnya.
Merah padam muka pemandu teksi tadi.
Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil
bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus
memandu.
Pelancong tadi dengan tersengih
menyindir sambil menunjukkan ke arah KLCC, "Che Senin berapa lama masa
diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu".
"Apa?", kata pemandu teksi tadi, "bangunan mana?", tanya pemandu teksi lagi kehairanan.
"Itu, yang tinggi itu", kata pelancong tadi sambil menunjukkan bangunan KLCC.
"La Usupadora. Entahlah Mr. John.
Semalam saya lalu kat sini tak ada pulak bangunan ini . Bila pulak
bangunan ini tumbuh. Impossible", kata pemandu teksi itu sambil
mengerutkan muka.
Mr. John terdiam sambil menyuruh pemandu
teksi memberhentikan teksi. Setelah membayar tambang teksi Mr. John
berlalu tanpa menoleh kepada pemandu teksi.
*RG
No comments:
Post a Comment