Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Monday, May 21

Beza Ujian dan Hukuman



 
Salam pembaca semua, semoga hari ini anda semua sihat dan berada dalam rahmat Allah selalu seperti hari-hari sebelumnya, malah lebih baik dari semalam hendaknya. Di sini ada sedikit ilmu yang hendak dikongsikan bersama berkenaan dengan ujian dan hukuman. Yelah, ilmu ni kalau disimpan sorang-sorang takde maknanya, maksud aku ilmu yang bermanfaatlah. Kalau ilmu yang tak bermanfaat dengan sengaja kita tertahu tu, diam-diam jelah, yelah silap haribulan dosa yang dapat kalau disebar-sebarkan. 

Seperti kita semua sedia maklum, mengecilkan hati orang adalah berdosa, tetapi tahukah kita lebih besar dosanya jika kita berkecil hati. Umm.. keliru tak? Aku pun tak berapa nak terima statement ni sebenarnya, apsal orang lain yang kecikkan hati kita, kita pulak yang tanggung dosa malah lebih besar daripada orang yang mengecilkan hati kita. " Ini tidak adil, kita tak buat apa-apa kita pulak yang tanggung dosa!!!" . Seolah-olah cam tu lah jiwa kita memberontak kan?

Ceritanya macam ni, orang yang menyebabkan kita sakit hati atau berkecil hati tu sebenarnya bagi pihak sahaja, ia takkan berlaku pun tanpa Allah izinkan bukan? Jadi positifnya itu adalah peringatan daripada Allah untuk kita, ujian untuk kita, hadiah untuk kita, sebab Allah tak nak kita ni lena lama-lama sangat dengan dunia tanpa ingat pada Dia. Betul tttak? (korang baca dengan makhraj t yang tebal tau, aku memang letak t tu lebih sket, ala macam iklan susu apa ntah masa aku kecik-kecik dulu tu, ala.. yang ada budak dua orang minum susu tu, pastu dia tanya kawan dia tu " BETUL TTAK???", " BETUL!!" kawan dia jawab) Ingat?? Tak ingat takpelah, anggaplah iklan atau ngepeng sekejap kate oghe kelate. Maksud aku betul tak bila korang dah kena situasi macam tu, korang akan jadi stress, tension dan emosi terganggu habis, lebih-lebih lagi kalau melibatkan insan-insan yang kita sayang. Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah, otomatik jugalah korang akan terus ingat pada Allah kan?

Haaa, jadi nampak tak? Kalau kita kecik hati pada orang tu maknanya kita kecik hati pada Allah. Lagi parah kalau kita jaja pulak kekecikhatian (ada ke perkataan ni sebenarnya) kita tu pada kawan-kawan atau orang sekeliling, dan orang tu pulak akan sampai- menyampai dan last-last cerita tu dapat kat korang balik.... hehe.. pernah tak berlaku cam tu kat korang? (aku dah pernah kena) kamonlah dunia ni bukan besar mana pun. Kes ni lah buat aku susah sangat-sangat nak sharing sesuatu yang aku memang tak nak orang tau. So, lepas ni? Redha jelah.. bukan senang, tapi kita boleh cuba okay! Gud luck untuk korang dan juga aku. 

Satu lagi aku nak cerita tentang pujian. Pujian ni memang sedap didengar  nak banding dengan makian? Tapi aku sebenarnya kadang-kadang agak takut dengan pujian ni, sebab kita ni memang kenal sangat dengan diri kita, apa kelemahan  dan kelebihan kita. Jadi, bila kena puji ni kita kena cek dan  nilai rasa-rasanya pujian tu betul atau tidak. Kalau akulah, aku akan rasa malu pada Allah, malu pada diri sendiri apabila dipuji. Malu pada Allah sebab baiknya Dia menutup aibku sampai orang tak nampak malah memujinya. Tetapi aku nasihat, baik kita hati-hati dengan pujian ni, yelah, kadang-kadang orang tu saje nak kipas kita sebab ada kepentingan kan, bercakap berdasarkan pengalaman, kadang-kadang aku pun terbuat juga. TER ok.. maksudnya aku tak sengajalah kan, hehe.. Astaghfirullah hal a'zim.. ampunkan aku ya Allah.

Uiks.. cam tak kena lagi je dengan tajuk post... Huhu.. cam ni lah, senang je macam mana kita nak bezakan Allah sedang menghukum atau menguji kita ni, kita nilailah apa yang berlaku tu makin dekat kita dengan DIA atau makin jauh. Kalau makin dekat tu ujian namanya, kalau makin jauh tu hukumanlah. So, sendiri mau ingat.... tetapi apa-apa pun doa tu penting, doa tu kan senjata mukmin, doakan moga kita sentiasa dalam pimpinan dan perhatianNya sama ada dalam susah atau pun senang. Semoga kita menjadi hamba Allah yang redha bila diuji dan syukur bila dikurniakan nikmat, datanglah nikmat ke ujian ke.. hati kita pada Allah tetap sama je, Aaaaamiin ya robbal a'lamin.

2 comments: