Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasihNya
Sekali sekala disusahkanNya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali sekala dimewahkan kehidupannya untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
Mungkin dizalimi dengan pelbagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
supaya dia merasa Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya tambah menebal dijiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya
Dengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya
Dosa-dosa kita pun diampunkanNya
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah dia boleh membendungnya
Begitulah orang bertaqwa
Dia sentiasa dalam pimpinan Tuhannya.
ASZ
No comments:
Post a Comment