Otak sebenarnya ialah satu himpunan
aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku
perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap
hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam
belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan
kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada
aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).
Kaedah EEG yang
digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir
dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa
kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang
sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru,
melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan
sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak
langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima
kebenaran.
Majalah
Scientific American, Disember 1993
Hasil kajian makmal yang dilakukan
terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan
menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar
aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Ujian imbasan
PET
Dalam kajian ini, sukarelawan
diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap
perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata
kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa
bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di
bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini
mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak
merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat
di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir,
terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan
otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah
S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau
ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu saudara-saudaraku seislam,
ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang
rendah kepentingan berzikir dan
mengabaikannya.
* Pemuda Acheh
No comments:
Post a Comment