Saturday, January 5
Aku Daripada Tanah
Tuhan…
Kejadianku daripada tanah..
Tanah adalah hina, dipijak-pijak orang, dilempari orang dengan najis-najis, kotoran dan sampah sarap ke atasnya. Orang pijak dan orang buat berbagai perkara di atasnya.
Tanah sedar bahawa dirinya hina, maka ia dapat menerima kehinaannya itu dalam bentuk apa sahaja. Lakukanlah ke atasnya dia boleh menerima tanpa bantahan. Tanah boleh terima apapun yang dibuat kepadanya. Pijaklah tidak mengapa! Lemparlah apa saja kepadanya,
Buatlah apa saja kepada aku, aku redha. Seolah-olah begitulah tanah berkata kalau dia boleh bersuara.
Tanah kalau dicurahkan air kepadanya tetap diserapnya ke dalam badannya. Air adalah simbol Rahmat dan Berkat, ia mudah menerimanya dan tidak menolaknya. Kalau air itu berlebih dari yang terserap, air itu sangat berguna kepada benda lainnya. Boleh diminum oleh makhluk Tuhan, boleh pula membersihkan najis dan kekotoran di belakangnya.
Karena redha, tanah itu subur pula oleh air dan sampah sarap yang dilempar ke atasnya. Karena suburnya orang bertani di atasnya, ramai makhluk yang mendapat manfaatnya.
Di atasnya juga orang memelihara ternakan menjadi hasil pula kepada negara. Orang bangunkan kemajuan, orang bangunkan tempat tinggal dia terima saja.
Tanah (bumi) karena tawadhuknya ramai makhluk dan manusia mendapat manfaatnya. Sungguh banyak budinya kepada manusia dan makhluk Tuhan.
Tuhan…
Begitulah kejadian tanah, begitulah tabiat tanah sentiasa merendah diri setiap masa. Buat apa saja ke atasnya boleh dia terima. Hasil dari itu banyak khidmatnya kepada makhluk dan manusia
Tuhan…
Aku adalah dijadikan daripada tanah, aku hina. Karena kejadianku dari tanah hina, Engkau kekalkanlah tabiat dan sifatku seperti tanah.
Jadikanlah aku orang tawadhuk seperti tanah. Kalau orang hendak mengata dan menghina aku, jadikanlah aku boleh menerimanya. Aku redha dengan kata-kata penghinaan itu karena aku memanglah hina, sesuai dengan kejadianku.
Tuhan…
Engkau jadikanlah aku boleh berkhidmat kepada manusia dengan berbagai cara. Sesuai dengan tanah kejadianku, yang banyak berkhidmat kepada manusia makhluk-Mu
Jadikanlah aku boleh berkhidmat dengan manusia. Dengan ilmuku, dengan fikiranku, dengan tenagaku, dengan hartaku, dengan kemaafanku, dengan kasih sayangku, dengan senyumanku, dengan kemesraanku, dengan kesabaranku. .
Tuhan…
Engkau kekalkanlah tabiat dan sifat tanah itu pada diriku hingga tiba kematianku. Yang mana aku dari tanah dijadikan, bertabiat tanah kekalkan, kepada tanah aku akan dikembalikan dan terimalah aku bersama redha-Mu
ASZ
16.9.2004 - Menjelang Maghrib
Monday, December 31
Jom Belajar Kkecek Kelate
Bagi orang K.L mungkin Lucu & agak pelik.
Bagi Orang Kelate Bahasa nya unik. kan?
Di petang yang agak boring dan mengantuk ini apa kata tengok balik perkataan kelate tuh. UTK REFRESH BALIK... takut2 ado hok tok ingat doh...... maklumlah duk lluar lamo..... kalu balik kappong tok la malu
Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm
urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth
enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun
cagok = sejenis alat untuk mengambil rumput untuk lembu peliharaan kucing kerong= nama untuk kucing jalanan penj'er = bersamaan dengan bahasa kedah "ligan", jangan menapak atau pijak tempat yang sama. To pok = bersamaan dengan tak empok, yakni 3 suku Nipas= Nak kena pukul kat telinga, kepala normally lah, "ini bukanya nifas" Sprong= adalah teropong atau meneropong jinjen= berjengkek2 napa tawa= sia2 kena penampau
ser'ek= reda normally, ada kena mengena dengan hujan po'goh= panas baran taik tempek jubo=Anak2 terbiar batang erong = batang hidung kero kaki=bahagian atas kaki keror= memakan buah terutama buah mempelan dengan mengupas mengunakan mulut ngo=goblok babil = keras kepala jaw'o= malu bertentang mata kencen= mata buta sebelah Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING - sangat manis
masin PPEGHAK - sangat masin
pahit LLEPE - sangat pahit
mase PPUGHIK - sangat masam
tawar EBER - sangat tawar
putih SSUEH - sangat putih
hite LLEGE -sangat hitam
biru KKETU - sangat biru
kuning NNEHE - sangat kuning
kenye BBONYAH - sangat kenyang
comel LLOTE - sangat comel
gemuk DDEBOK - sangat gemok
busuk BANGA - sangat busuk
hapok KOHONG - sangat hapak
nnakut/penakut apah - sangat penakut
cerhoh/cerah jheriloh - sangat cerah
jatuh celabok - jatuh mengejut
kuca hanya (suara mengidung sedikit) - chaos
gemok meto= sangat gemok come lote= sangat come gelap gelemat=hitam legam keras kekun = keras sangat lembik lotek= lembit la bulat r'gote= bulat sangat putih suih= sangat putih hijau malo = sangat hija nakut pahit= sangat takut kenyan se'eh = sangat kenyang
Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKE = nanti kan
Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain
maksudnya.
NYOR KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair"
(ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut
juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK ...)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan. .. cuba direct
translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,
ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan
bujang(buje) membawa erti janda kalu di kelantan.
SIA = sembuh
Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an',' am','ang' diganti dengan
`e'. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)
Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA
(useless).Atau keliru diantara KECEK('ngenen' ) dengan KKECEK
(bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda
(makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur
di luar)
so itula tutorial kite ttg bhs kelantan untuk hari ini, lain hari kita sambung lagi ye
Abai, Cuai dan Lalai
Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si Kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala Si Mukmin mengangkat jala dengan menyebut nama Allah S.W.T, tetapi tidak mendapat satu ikan pun.
Orang mukmin itu pun menjala ikan sehingga sampai waktu Maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tetapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin dengan tidak mendapat apa-apa ikan dan Si Kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat akan hal yang demikian maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah S.W.T menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk orang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, "Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga."
Allah S.W.T juga menunjukkan tempat orang kafir kepada malaikat tersebut dan berkata malaikat itu, "Demi Allah, tidak berguna apa yang dia dapat di dunia pada hal tempat kembalinya ke neraka jahanam."
Pada hari Kiamat Allah S.W.T tetap akan menolak alasan empat jenis manusia
dengan empat sebab :
1. Menolak alasan orang kaya dengan Nabi Sulaiman. Kalau orang kaya itu berkata "Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat." Maka Allah S.W.T akan berfirman, "Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat."
2. Apabila hamba sahaya berkata, "Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas. Oleh itu aku tidak dapat beribadat padamu." Lalu Allah S.W.T berfirman, "Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadat."
3. Apabila orang miskin berkata, "Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu." Lalu Allah S.W.T berfirman, "Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa a.s, tetapi Nabi Isa a.s tidak pula lalai dari beribadat padaku."
4. Apabila orang yang sakit memberi alasan dengan mengatakan, "Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu." Maka Allah S.W.T berfirman, "Penyakitmu itu tidak sebagaimana teruk dari penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayub a.s, tetapi ia tidak menghalangnya dari beribadat padaKu." Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan di sisi Allah S.W.T di hari Kiamat.
Apabila seseorang itu takut kepada Allah S.W.T, maka tidak ada suatu apa pun yang dapat menghalangnya dari beribadat kepada Allah S.W.T., sebab Allah yang menciptakan seseorang itu dan apa saja yang dimilikinya di dunia ini akan ditinggalkan olehnya apabila dia menghadap Allah S.W.T kelak. Beruntunglah orang yang memahami tujuan hidupnya di dunia ini dan rugilah bagi mereka yang menggunakan alasan tidak
ada masa untuk beribadat kepada Allah S.W.T., padahal apabila telah mati mereka itu, maka manakah masa yang mereka sebut-sebutkan itu? Apakah yang telah terjadi pada harta bendanya? Tidakkah usahanya hanya di dunia dan di akhirat papa kedana dan yang menunggunya ialah Ahzab, Ahzab.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah meninggalkan wasiat yang berbunyi, "Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah S.W.T telah menetapkan agama Islam itu agamamu. Oleh itu janganlah kamu semua mati, melainkan mati dalam Islam.

Thursday, December 13
Khusyukkah Kita
Tuhan ada berfirman di dalam Al-Quran yang lebih kurang maksudnya, "Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai
dalam sembahyangnya. "
Terdapat banyak tafsir dan kupasan tentang maksud "lalai" dalam
ayat ini.
Maksud pertamanya ialah cuai bersembahyang hingga habis waktunya.
Sembahyang itu sama ada diqadhakkan sahaja ataupun ditinggalkan terus.
Maksud "lalai" yang kedua ialah tidak khusyuk dalam sembahyang.
Iaitu tidak hadir hati dalam sembahyang. Dalam sembahyang teringat
perkara-perkara di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena dengan
sembahyang. Malahan, bukan sahaja tidak hadir hati dalam sembahyang,
maksud perbuatan dan lafaz dalam sembahyang pun tidak diketahui atau
difahami. Jauh sekalilah untuk dihayati atau dijiwai.
Ketiga, ialah tidak melaksanakan segala ikrar dan janji yang dibuat di
dalam sembahyang. Dalam sembahyang, berbagai-bagai ikrar dan janji
dibuat.
Diantaranya kita berikrar bahawa segala sembahyang, ibadah, hidup dan
mati hanyalah kerana Allah. Tetapi selesai sahaja sembahyang, segala
janji itu dilupakan. Buat kerja seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau
tidak relevan. Walau bagaimanapun, kalau kita kaji betul-betul
ketiga-tiga tafsiran di atas, kita akan dapati bahawa puncanya berbalik
juga kepada ketiadaan khusyuk.
Sekiranya seseorang itu khusyuk, khusyuk itu sudah pasti berterusan dan
akan dibawa ke dalam sembahyang. Ertinya, orang yang khusyuk dalam
hidupnya akan merasa khusyuk dalam sembahyang. Hanya apabila di dalam
sembahyang, rasa khusyuknya itu lebih subur dan lebih tajam kerana
sembahyang itu ada rukun dan disiplinnya. Bagi orang yang khusyuk, tidak
timbul masalah cuai bersembahyang hingga habis waktu kerana orang yang
khusyuk itu selalu menanti-nanti dan menunggu-nunggu waktu untuk
bersembahyang.
Menunggu sembahyang itu baginya seperti menunggu untuk bertemu kekasih.
Tidak menunaikan ikrar dan janji yang dibuat di dalam sembahyang pun
adalah berpunca dari ketiadaan khusyuk. Apabila tidak khusyuk, segala
janji yang dibuat hanyalah di lidah semata-mata. Paling tinggi, akal
mungkin turut serta dalam membuat ikrar dan janji tersebut.
Oleh itu, ikrar dan janji berkenaan dibuat tanpa komitmen dan
kesungguhan kerana hati tidak dilibatkan dan tidak dibawa bersama.
Ertinya, ikrar dan janji itu tidak dibuat dari hati. Janji yang bukan
dari hati bukanlah janji namanya. Tidak hairanlah kenapa janji hanya
tinggal janji. Khusyuk yang dituntut dari manusia bukan hanya ketika
dalam sembahyang. Tuhan bukan wujud hanya dalam sembahyang. Tuhan wujud
setiap masa dan ketika. Oleh itu, kita perlu khusyuk sepanjang masa.
Orang yang khusyuk itu ialah orang mukmin yang berjiwa Tauhid. Orang
yang rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan sentiasa mencengkam jiwa dan
hati nuraninya. Rasa-rasa ini dibawanya ke mana sahaja dia pergi.
Lebih-lebih lagilah ke dalam sembahyangnya.
Lalai dalam sembahyang pula ada beberapa peringkat seperti berikut:
1) Lalai habis .
Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada
kena mengena langsung dengan sembahyang. Ini berterusan sampai salam.
Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar
pun tidak.
2) Dalam sembahyang, ada masa lalai dan ada masa ingat dan sedar bahawa
dia sedang bersembahyang .
Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.
3) Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi
tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkannya .
Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.
Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati,
masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.
4) Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkannya di dalam
sembahyang .
Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai
mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa
dengan Tuhan. Khusyuk ialah rasa, bukan setakat tahu atau faham.
5) Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan
kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di
dalam sembahyang .
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa
dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud
sepanjang sembahyang.
6) Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa
dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain
mengikut apa yang dibaca dan dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram
hinggalah kepada salam .
Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar
khusyuk .
Sesuailah pembahagian peringkat-peringkat lalai ini dengan erti sebenar
khusyuk di dalam sembahyang. Khusyuk bukan setakat dapat menumpukan
perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi ialah dapat
menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang
berubah-ubah dalam sembahyang seperti rasa gerun, hebat, cinta, takut,
berharap kepada Tuhan dan lain-lain, maka itu tanda tidak khusyuk.
Lalai itu berpunca dari pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati, amat
sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa ke
dalam sembahyang. Kalau pun ada rasa, di dalam sembahyang, hanyalah ada
rasa-rasa keduniaan seperti rasa seronok baru berjumpa kawan atau rasa
takut polis saman kereta kita salah "parking" atau bimbang takut
tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya. Rasa-rasa
ini ialah rasa-rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk.
Kalau kita berjalan-jalan di dalam hutan dan keindahan hutan itu sangat
mempengaruhi hati kita hingga apabila terserempak dengan harimau pun
kita tidak sedar, dan tidak merasa takut, maka kita sebenarnya tidak
kenal harimau. Kalau kenal, sudah tentu secara spontan kita gerun dan
takut.
Begitu juga, kalau kita seronok dengan nikmat dunia ini hingga
terbawa-bawa ke dalam sembahyang sampai kehadiran Tuhan sewaktu kita
bersembahyang pun kita tidak sedar, itu tanda kita tidak kenal Tuhan dan
tidak terkesan atau terpengaruh dengan kehadiran Tuhan. Sekiranya kita
tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak
akan dapat rasa khusyuk. Paling tinggi keyakinan dan ketauhidan kita
hanya diperingkat akal atau fikiran. Kita dikatakan orang yang
berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.
Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapatkan khusyuk . Setelah
Tuhan kita kenal, barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan
keagungan Tuhan di hati kita. Barulah kita akan dapat rasa berTuhan.
Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa
kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.
Ada hadis yang bermaksud: "Awal-awal agama mengenal Allah."
Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita
beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk. Selagi kita tidak boleh
khusyuk, kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa
Tauhid, kita tidak akan mampu mengamal dan menegakkan syariat Islam
secara lahir dan batin. Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir
tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk. Tidak ada roh dan tidak ada
jiwa. Padahal Islam atau agama itu mesti ada lahir dan batinnya.

Sunday, December 9
Tiga Cahaya di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

*Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
*Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
*Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
*Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
*Kelima, orang yang suka minum arak."
*Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
*Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
*Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
*Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah
Friday, June 22
Kebenaran Islam Mengenai Kucing
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria. Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika
kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling
canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan
membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah
dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai
perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki,
bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan
sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada
bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang
berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2.
Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar
80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini
menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4.
Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini
termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang
selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5.
Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai
sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan
bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya
bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan
para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua
laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran
kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing
itu akan atau sedang sakit.
Selain
itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia
25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor
haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing
mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme. Kucing
tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam
pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu
tubuhnya.
Jika
diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati
air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang
menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah
binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah
masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu
datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas
untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah
berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah
berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing
binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR
At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan
Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan
suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air
wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah
selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan
menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti
sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas,
kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah
tidak ada najis.”
Diriwayatkan
dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa
hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di
rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat
untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat,
ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur
tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah
lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”.
Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan
kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah
bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani
mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui
oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh
Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
*RG
Thursday, May 31
(Istidraj) Aku Tidak Solat Tetapi Aku Tetap Berjaya
|
Subscribe to:
Posts (Atom)