Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Tuesday, May 14

Doa Tarhil

استغفر الله العظيم ٣
ألذى لاأله إلا هو الحي القيوم
و أتوب اليه ٣

توبة عبد ظالم
لا يملك لنفسه
ضرا ولا نفعا ولا موت
ولا حياة ولا نشورا

Mohon ampun Ya Allah, yang Maha Agung 3x

Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan selainMU
Yang Maha Hidup, yang Maha Berdikari
Aku taubat Ya Allah 3x

Taubat seorang hamba yang zalim
Yang merasa berkuasa wlu tiada kuasa apa2
Tiada kuasa memberi mudharat
Tiada kuasa memberi manfaat
Tiada kuasa mematikan
Tiada kuasa menghidupkan
dan tiada kuasa hidupkan semula

http://www.mediafire.com/file/qtz66f9cytam643 ( mp3 istighfar bhs arab+melayu )
Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, May 11

18 Fakta PRU 13 Yang Perlu diKetahui

Aku saje post fakta ni setelah demam PRU13 dah reda. Untuk simpanan peribadi saja, tapi kalau ada sapa2 nak rujuk atau nak review dipersilakanlah, walau isu ni mcm dah lemau dan nak basi, tapi manalah tau akan berguna suatu hari nanti. Sebab aku yakin PRU13 yg berlaku di bulan mei ni mcm lain dari yang lain, kalau ada maklumat yang tak tepat tu gitaulah ye.

  Parlimen:
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
1.     DUN:
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)

2.     UNDI Keseluruhan (Popular votes):
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

3.     Peratus keluar mengundi:
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) – Tertinggi dalam sejarah PRU

4.     Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12

5.     MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

6.     DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21

7.   Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

8.   Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

9.     4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

10.           Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

11.           BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

12.           Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

13.      (Bekas) MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

14.           PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

15.           Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

16.      Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

17.           Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini, antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai. Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008.

Sent from my BlackBerry® wireless device


Positif+ atau -Negatifkah Kamu?!

Saja je kat bawah ni, suka2. Menunjukkan pemikiran kita berbeza2 mengikut tahap iq kita. (Jgn amik port aku merapu je kali ni, takde kaitan ngan iq pun, kotlah ada orang perasan iq dia tinggi tapi tak kena pun dgn apa yang dia fikirkan). Tapi dalam merapu harap adalah isi yang boleh dimanfaatkan, kalau tak sia2lah masa aku tulis ni.

Situasi : Perempuan lambat kahwin
Negatif : Tak laku, memilih sangat, letak hantaran tinggi sangat, ntah-ntah dah..
Positif : Masa untuk majukan dan perbaiki diri sendiri sebelum membina keluarga, nak tolong keluarga yang dah banyak berjasa berkorban untuknya sebelum dia berjaya dulu, jodoh belum sampai.

Situasi : Tiba2 jadi berjaya
Negatif : Pakai bomoh kot, rasuah kot, eleh dia takpela ada orang dalam, kabel besar batang kelapa.
Positif : Rezeki Allah. Masing2, usaha gigih dia berhasil, berkat usaha dia.

Situasi : Rumah terbakar
Negatif : Bala, balasan itu ini, duit buat rumah tak berkat.
Positif : Ujian, Tuhan nak ganti dengan sesuatu yang lebih lagi.

Situasi : Dapat anak cacat.
Negatif : Balasan Tuhan.
Positif : Tanda Tuhan sayang.

Situasi : Anak asyik menangis siang malam.
Negatif : Keluarga tak berapa baik, kena rasuk hantu (Darda' suka sebut ni). Sape Darda'? Penting ke? Private aku!
Positif : Tuhan nak beri pahala lebih dengan berjaga malam melayan anak.

Situasi : Anak suka memberontak
Negatif : Nakal, ikut mak bapak dialah tu.
Positif : Pandai menunjukkan perasaan, bijak, aktif dan sihat.

Situasi : Anak pendiam
Negatif : Pasif, kurang cerdik!
Positif : Mendengar kata, taat, baik, soleh n segala mak nenek sifat mahmudah.

Situasi : Belum mencapai cita2
Negatif : Dah nasib bukan rezeki, persaingan sengit sangat, pesaing main taktik kotor.
Positif : Mesti usaha lebih lagi! Tuhan nak lebih bergantung padaNya, ada dosa yang jadi hijab, kena segera taubat sungguh2!

Situasi : Suami pemalas
Negatif : Silap besar aku kahwin dengan orang ni. Menyesal!
Positif : Syukurlah Tuhan bagi aku suami yg hanya pemalas, org lain tu ada yg takde suami, ada yang suami kaki pukul, penjenayah dan macam-macam lagi.

Situasi : Kena kutuk.
Negatif : Memang hampas punya orang, ingat diri ko tu baik sangat, aku takkan maafkan sampai mampus!
Positif : Lantak dioranglah. Tak memberi kesan apa2 pada kehidupanku.. Lagipun dah dorang cakap cam tu, memang betul lah perangai aku cam tu kot, aku je yang tak nampak, boleh lah aku baiki diri.

Situasi : Blog takde orang datang.
Negatif : Malas lah nak tulis lagi, takde orang baca pun. Cam poyo sorang2 je.
Positif : Ada orang ke takde orang ke, yang penting kita enjoy! N apa yang aku nak sampaikan aku dah sampaikan!!!

Situasi : Anak sakit.
Negatif : Siapa yang bagi kuman kat anak aku ni??? Berjangkit dari si pulan tu lah..
Positif : Alhamdulillah Tuhan masih perhatikan anakku dan nak berikan aku pahala menjaga anak, nak tingkatkan iman n hapuskan dosa2 aku.

Situasi : Susah.
Negatif : Bertambah susah, mengeluh, cari salah orang sekeliling.
Positif : Tak kisah. Susah senang adat kehidupan, adalah jalan keluarnya insyaAllah.

Situasi : Masalah
Negatif : Mengeluh salahkan semua orang sekeliling.
Positif : Cari penyelesaian dan bertawakkal, ujian untuk ditingkatkan iman/roh.

Setiap benda atas dunia ni ada baik dan buruknya (kecuali benda yang dah terang dan jelas buruk/baik tu tak payah nak diperpanjangkanlah). Untuk benda2 yang open-ended, benda yang tak jelas. benda2 tak konkrit ni, bergantunglah kepada minda kita nak mengintrepertasi situasi2 yang berlaku.
Ada orang sentiasa tenang aje, ada masalah ke takde masalah ke, sama je. Inilah sifat mukmin yang sejati. Ada orang memang nampak dia gelisah bila ada masalah. Ada orang, setiap masa macam ada masalah, walaupun sebenarnya tak ada masalah. Saje buat muka poyo macam nak gitau sume orang dia ada masalah, macam lah orang lain takde masalah!!

Masalahnya bukan terletak pada masalah tu, tapi kepada si empunya diri yang berhadapan dengan masalah.
Ada orang bunuh diri bila exam tak dapat straight As. Ada orang tak kisah lantaklah dapat berapa2 pun ada aku kisah? Tapi payah gak jenis cam ni, dulu masa sekolah rendah ada sorang cikgu suka cakap budak cam ni hanyutkan je kat sungai belakang sekolah, kebetulan time tu sekolah rendah aku ada sungai kat belakang sekolah (sekolah kebangsaan Panggong, Pasir Puteh) hahaha, korang tau ye? Apa!!! Korang classmate aku dulu.. Oo, sudi2lah contact aku cam tu, boleh kita reunion n cite panjang lebar lagi. Pape pun perbezaan itu adalah satu rahmat, di mana dalam Islam pun meraikan perbezaan ni. Buktinya kita ada banyak cabang pemikiran yang sebenarnya menjurus kepada satu jalan yakni Allah yang satu, tapi dalam sudut pandang yang berbeza.

Dari situ lahirnya mazhab. Tapi antara imam2 ni tak ada yang mengaku lebih dari yang lagi satu, atau kutuk mengutuk antara satu sama lain macam yang berlaku kat pihak2 tertentu di akhir zaman ni lagi2 PRU13 ari tu.. Argh mana2 PRU mmg selalu berlaku cam tu... Sekian, cukuplah aku merapu sambil2 selawat tunggu nak solat maghrib.
?????????? ?????????? ?????????? ????? ??????????????
Hausen, germany


Sent from my BlackBerry® wireless device

Tuesday, May 7

CIA, FBI n PDRM



Senyum kejap ye..

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah
yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatla satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka
mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai
informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan
batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan
sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di
dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn
seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK,OK... aku arnab... aku arnab!!'

* jangan hebah kat mat polis…sensitive…..  ;D


Sent from my BlackBerry® wireless device

Umat Islam Patut tau ni!!

Blog dalam blog.. Dulu-dulu, entah bila, lama dah.. Aku dah baca blog ni, dan hadam ilmu ni sorang2, hari ni aku terbaca balik blog ni dan aku rasa tak boleh telan sorang dah, semua umat islam patut baca dan tahu semua ni, kalau yang dah baca tu, tak kesahlah, rasanya nak baca lagi sekali lagi baik untuk refresh semula. Biasalah manusia ni, semangat turun naik seperti mana naik turunnya iman kita. Bacalah sampai habis artikel ni!!

http://bahterawawasan.blogspot.de/2010/02/dialog-aku-dan-bishop-ulang-siar.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device

Sunday, May 5

Susahnya Nak Jaga Hati

Kalau sekali baca, maksudnya seolah-olah susah nak jaga hati orang lain. Tapi bukan itu yang aku rasa susah kat sini nak jaga hati. Yang susahnya nak jaga hati aku sendiri. Susah sangat-sangat, kejap-kejap rosak, jahit balik koyak balik, tampal balik berlubang balik, tak cukup dengan tu berkudis, bernanah dan berdarah lagi. Korang jangan nak panik tertanya-tanya apakah aku ni ada penyakit hati yang kronik? Ye sememangnya aku mempunyai penyakit hati yang sangat kronik. Penyakit hati yang tak mampu kutampung sakitnya, walau aku pergi ke mana-mana hospital pakar sekalipun. Aku sangat takut, penyakitku ini kalau ku mati sekarang ini, entah-entah akan mengheret aku ke neraka. Dalam pendidikan sekular, dari kecik lagi benih-benih penyakit ini sudah yahudi berjaya pupuk dalam hatiku, ia subur dan subur malah membesar sekali dengan pembesaran ku. Semakin aku matang semakin ia matang juga. Aku dari kecil diajar yakin dengan diri sendiri. Cikgu sekolah rendah aku lagi dah ajar aku "kita kena rasa diri kita pandai! Bijak! Kita mampu buat!Barulah kita akan ada keyakinan diri, dan barulah kejayaan itu di tangan kita". Dan sekarang penyakit hati itu sudah menjadi sebahagian dari hidupku dan menguasai rohku. Allah tolonglah.. Sampailah setelah aku kenal seorang manusia yang sangat agung yang menyedarkan aku tentang penyakitku ini. Rupanya sudah kronik, teruk, parah dan matang. Sudah pasti ubatnya pun bukan calang-calang ubat dan doktor yang mampu merawatnya pun bukan calang-calang doktor. Rupanya mana boleh rasa diri bijak, pandai, bagus. Salah sume tu! Sifat-sifat tu hanya layak untuk Maha Pencipta! Bukan hamba macam kita! Kita ni layaknya dipijak-pijak macam rumput, karpet, kain buruk! Manusia Agung, guruku dunia akhirat yang ku jumpa inilah mengajarku semua rasa-rasa itu,(nak tahu sapa? leh tanya aku privately) sesuatu yang amat berbeza dan bertentangan sekali! Dulu motivator kat sekolah selalu ajar dan tanamkan rasa pandai, tapi guruku mengajarku supaya sentiasa merasa diri ini bodoh, dulu motivator kat sekolah selalu minta terjerit-jerit macam monyet cakap "YAKIN BOLEH" tapi guruku mengajarku "insyaAllah!!!
Kesian korang kan, pasti tertanya-tanya.. Sakit apa minah ni sebenarnya.. Apa kaitan sakit hati dengan motivatorlah.. gurulah. Rilex rilex, aku nak ceritalah ni.. Penyakit hati yang semakin parah yang aku maksudkan ini ialah mazmumah-mazmumah yang subur dalam hati ini, dengki, riak, sombong, takbur, rasa berbuat, rasa lebih pandai dari orang lain dan semua rasa-rasa yang tak berguna dan tak tau malu yang dah lama membina empayar dalam diri aku ini. Itulah penyakit yang aku sedang deritai sekarang ini, Aku harap sekarang pembaca dah paham apa yang aku nak sampaikan tentang 'susahnya nak jaga hati'. Serius memang susah gila. Kalau aku berjaya membuat sesuatu sekalipun tak dipuji orang mulalah rasa diri best gile dan pandai, lebih-lebih lagi kalau sesuatu yang dibuat tu dipuji orang pula, mulalah syok sendiri merasa.. Pandainya aku.. Best gila aku dapat wat keje ni.. Terus lupa padahal Allahlah yang mengizinkan/memberi ilham hingga kita berjaya membuat yang terbaik. Hati mulalah berbunga-bunga, syaitan pun galaklah cucuk-cucuk, siram-siram dan hias-hias untuk mencantikkan lagi bunga-bunga yang dah terkuntum di hati tu. Allah, aku sudah lupa padahal ada firman Allah yang aku lupa ayat sebenarnya macam mana, tapi bunyinya lebih kurang" kalau pun ada hanya sebesar biji sawi sifat sombong dlm hati seseorang hamba itu, ia sama sekali takkan terlepas dari api neraka Allah". Ya Allah ya maha pengampun, keciknya sangat biji sawi tu, itupun takkan terlepas Allah dah warning.. kalau nak dihitung sifat sombong yang telah membiak dalam diri aku sejak aku mumayiz.. Umm... Kecik sangat kalau dari mumayiz, sejak aku baligh la senang.. Agak-agaklah, lebih tinggi dari gunung yang paling tinggi dan lebih besar dari objek yang paling besar.. Agak-agak neraka mana lah aku akan dicampakkan nanti. Itu baru aspek hati, tak masuk aspek-aspek dosa lain, dosa dengan suami, dengan ibu-bapa, adik beradik, kawan-kawan dan manusia-manusia yang pernah aku sakitkan hati mereka lebih-lebih lagi dosa dengan Allah itu sendiri. Pastu bila kena marah/tegur pula mulalah rasa bengang, sakit hati, padahal teguran itu terang-teranglah memang betul. Penyakitlah tu, nafsu pun sakit sekali. Sekarang, satu sahaja ubat yang guruku bagi untuk ubat penyakit hati ku ini.. Tanamkan dan suburkan rasa hamba sehambanya, insyaAllah bila rasa hamba itu subur dan besar, segala benih-benih penyakit hati akan layu dan mati perlahan-lahan. Semoga aku berjaya menyemainya dengan benih rasa hamba dari gred yg terbaik! "????????????? ??????? ????????????? .
Universiti Roh.. Hausen, Germany Sun, May 5, 2013 4:54:38 PM
Sent from my BlackBerry® wireless device

Wednesday, May 1

Nasihat Kubur




Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURRAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikkan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.

5). Aku yang menyempitkan mu hingga hancur bilamana kamu tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6). Aku adalah tempat utk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah "LAILAHAILALLAH".

Saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.Saat kamu membacanya, ia gelisah.Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, ia stroke.Terus & terus membaca & amalkan agar syaitan stroke dan mati.Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting punnn, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda... Selamat menyebarkan ilmu-ilmu yang baik..

Salam dari Frankfurt, Germany..
Sent from my BlackBerry® wireless device