Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Wednesday, June 26

Berbual dengan Scammer

Untuk semua pembaca, just nk SHARE apa yang berlaku pada saya tempohari.

Waktu : 10.30pg
Panggilan : Dari PRIVATE NUMBER

PERBUALAN PUN BERMULA..

Scammer : selamat pagi boleh bercakap dgn en. xxxx ?
Saya : Ye sy bercakap, siapa ni?

Scammer : Maaf kerana mengganggu.....saya buat panggilan daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad yang sedang encik gunakan.
Saya: Bank mana yea?

Scammer : Saya daripada pusat panggilan mayxxx di putrajaya, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank yang encik sedang gunakan.
Saya: Oh ok

Scammer : Baik..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Saya: ye sy...

Scammer : dah brapa lama ia digunakan?
Saya: Hampir 10 tahun...

Scammer: Ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Saya: ye btol...

Scammer : boleh en lengkapkan no 8 terakhir

( AWAS...JANGAN SESEKALI BERI NO KAD ANDA KEPADA ORANG YG TIDAK DI KENALI )

Saya : Nak buat apa yea??
Scammer : Saya nk buat pengesahan yang awk ni pemegang kad berkenaan.

Saya : (putar sket kapla dier) Okay.. dari bank kan?? boleh beri butiran diri saya x?
Scammer : Kami tidak mempunyai butiran peribadi anda kerana ianya melanggar hak pengguna.

Saya : Kata dari bank, takkan tak tau butiran saya, xpayah susah² , beri nama ibu saya sahaja.
Scammer : Akaun encik akan di terminate jika tidak memberi kerjasama

Saya : Okay sila terminate.
Scammer : &%*&@(*(@&^%@ (makian hamun di berikan)

INGAT... JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN BUTIRAN KAD ANDA, TERUTAMA SEKALI 3 DIGIT DI BELAKANG TU.. SEBAB SINDIKET BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI KAD ANDA (DEBIT/ KREDIT)

SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA.. BERHATI² SELALU.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Monday, June 24

Sifat-sifat Neraka

Bismillahirrahmaanirrahiim .
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibril :
Pintu pertama yakni 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda:
'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan
Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua' lam.
Sent from my BlackBerry® wireless device



































Sunday, June 23

Jangan dibiar Rajuk di Hati


Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Mujahadahlah...
Kisah Nabi Yunus
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari suka duka, perit jerih dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup bukanya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...
Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya...
Sembahlah Allah Yang Maha Esa...
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa...
Jauhi perbuatan yang sia-sia...
Seruan Nabi tidak diterima, Nabi diejek dan Nabi dihina...
Baginda tidak berputus asa...
Walau dicaci walau dihina...
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka...
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri...
Kapal pedagang Baginda menumpang...
Membawa diri ke rantau orang...
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan...
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora...
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun...
Gelap gelita tidak terkira...
Sedarlah baginda akan silapnya...
Ditarbiyah Allah sebegitu rupa...
Menangislah Nabi penuh duka...
Memohon Ampun dari Tuhannya"
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali.
Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan dakwah lillahi.
Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah di hati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya" (Al-Furqan : 56-57)
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa' : 87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.
Allahu Allah,
Kuatkanlah hati-hati kami dalam menyeru insan ke arah kebaikan...

Sent from my BlackBerry® wireless device

Manakah yg Anda Akan dapat

Sent from my BlackBerry® wireless device

Nasihat Luqmanul Hakim


Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

 Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
                    
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, June 22

Jagalah Niat di Hati

 
Rasulullah SAW. bersabda:

"Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku..?.

Orang itu menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang."

Allah berfirman, yang artinya: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian."

Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu terbunuh..?" Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu."

Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian."

Kemudian datang orang ketika pula: "Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu..? "Jawab orang itu:

"Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah."

Lantas Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian."

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka."

Sent from my BlackBerry® wireless device

Thursday, June 20

Semua Doanya Allah Makbulkan..


Kisah menarik pengalaman seorang imam besar Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau telah bermusafir atas sesuatu urusan dan terpaksa bermalam di sebuah perkampungan. Atas sebab tidak ingin menyusahkan sesiapa, beliau telah membuat keputusan untuk berhenti solat di sebuah masjid sekaligus berehat dan bermalam di masjid tersebut.

Setelah selesai menunaikan solat, beliau mula untuk berehat lalu merebahkan badannya di dalam masjid tersebut, tiba-tiba seorang lelaki iaitu penjaga masjid datang mendekati beliau dan melarangnya dari tidur di dalam masjid tersebut. Lelaki tersebut sama sekali tidak tahu malah tidak kenal bahawa yang sedang dilarangnya itu adalah seorang ulama besar. Sementara itu Imam Ahmad juga tidak ingin memperkenalkan diri kepadanya. Beliau langsung keluar dan berpindah ke beranda masjid dengan niat untuk beristirehat disitu pula. Namun lelaki itu tetap saja mengusir beliau secara kasar bahkan sampai menarik beliau ke keluar ke jalanan.

Taqdir Allah, tepat saat Imam Ahmad sedang kebuntuan berjalan-jalan di dalam kegelapan, melintaslah seorang pemuda pembuat dan penjual roti. Pemuda itu dengan lembut mengajak beliau untuk menginap di tempatnya, juga tanpa mengetahui bahawa, tamunya itu adalah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ketika sampai di rumahnya, pemuda yang baik hati itupun segera mempersiapkan tempat bermalam untuk Imam Ahmad dan mempersilakan beliau agar langsung beristirehat manakala dia sendiri mulai bekerja dengan menyiapkan bahan-bahan pembuatan roti yang akan dijualnya pada esok hari.
Ternyata Imam Ahmad tidak langsung tidur, malah memerhatikan segala gerak geri sang pembuat roti yang baik hati itu. Dari pemerhatian beliau, terdapat sesuatu yang sangat menarik perhatian beliau dari pemuda ini iaitu ucapan zikir dan doa istighfar yang terus meluncur dari mulutnya tanpa putus sejak awal dia mula mengerjakan adunan rotinya.

Imam Ahmad merasa sangat ingin tahu lalu bertanya: Sejak bila kamu selalu beristighfar tanpa berhenti seperti ini?
Ia menjawab: Ini sudah menjadi kebiasaan dan rutin saya sudah sekian lama, hampir dalam setiap keadaan.
Sang Imam melanjutkan pertanyaan beliau: Lalu apakah kamu dapat merasakan adanya hasil dan manfaat tertentu daripada kebiasaan istighfarmu ini?
Ya, tentu saja, jawab sang tukang roti dengan pantas dan penuh keyakinan.
Apakah itu, kalau boleh, aku sangat ingin tahu? tanya Imam Ahmad lagi.
Iapun menjelaskan seraya berkata: Sejak merutinkan bacaan doa istighfar ini, saya merasa tidak ada satu doapun yang saya panjatkan selama ini Allah tidak kabulkan, kecuali satu doa saja yang masih belum terkabul sampai detik ini?
Sang Imam semakin mendalam rasa ingin tahu lalu bertanya lagi: Apakah doa yang satu itu?
Si lelaki soleh itupun melanjutkan jawapannya dan berkata: Ya, sudah cukup lama saya selalu berdoa memohon kepada Allah untuk dipertemukan dengan seorang ulama besar yang sangat saya cintai dan agungkan. Beliau adalah Imam Ahmad bin Hanbal!
Mendengar jawapan dan penjelasan terakhir ini, Imam Ahmad tersentap dan langsung bangun berdiri serta bertakbir:
Allahu Akbar! Ketahuilah wahai Saudaraku bahwa, Allah telah mengabulkan doamu!
Tiba pula giliran si pembuat roti untuk terpinga-pinga: Apa kata Pakcik? Doaku telah dikabulkan? Bagaimana caranya? Dimana saya boleh bertemu dengan imam kesayangan saya itu?
Lalu Imam Ahmad menjawab dengan tenang: Ya. Benar, Allah telah mengabulkan doamu. Ternyata semua yang aku alami hari ini, mulai dari pengalaman di kampungmu ini, diusir sang penjaga masjid, bertemu dengan kamu di jalanan, sampailah menginap di rumahmu sekarang ini, rupanya itu semua hanya merupakan cara Allah untuk mengabulkan doa hamba-Nya yang soleh. Ya, orang yang sangat ingin kamu temui selama ini telah berada di rumahmu, dan bahkan di depanmu sekarang. Ketahuilah wahai lelaki soleh, aku adalah Ahmad bin Hanbal.!
Dan tentu setiap kita sudah dapat membayangkan, apa yang mungkin terjadi dan bagaimana perasaan si pembuat roti tersebut.
Semoga Allah merahmati keduanya dengan rahmat yang seluas-luasnya.!
MasyaAllah.. Hebat Islam.. Dan lebih hebat lagi Tuan Punya Agama Islam. Allah swt.

Sent from my BlackBerry® wireless device

Sunday, June 16

Mai Jangan Tak Mai


Mai! Jangan tak mai!

E K S P O
BARANGAN HALAL
& SAHAM AKHIRAT

Sirami dan Suburkanlah
jiwa anda!
Konsert & teater
M U Z I K A L I S L A M
Setiap Malam
Jam 9 mlm - 11 mlm

Kumpulan nasyid international adik beradik
G E N E R A S I
H A R A P A N

Masuk Adalah Percuma
Bertempat di:
Darul Aman Park (Tasik Darul Aman), Bandar Darul Aman, Jitra.

Pada tarikh:
20 - 22 Jun 2013
10.00 pg - 11.00 mlm

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn Rokiah: 0182095034
En Hisham: 0194586830
Pn Zaidah: 0139238313
Tn Hj Haizad:0145228038.

Anjuran : Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Friday, June 7

Surat Balas Permohonan utk Siapa Nak Poligami.




Sebelum baca surat ni, harap baca dulu surat dalam post sebelumnya (surat permohonan untuk poligami)... baru faham....

Kepada:

Suami bin Lelaki

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

2. Oooo..patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!

3. Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

4. Ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

5. Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?

6. Mak hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.

7. Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?

8. Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!

9. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.

Terima kasih,

Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

Yang ikhlas Menjawab,

Isteri binti Bapa
Daripada bini apek putrajaya 


Huhu.. Dasyat gila.. Poligami itu HARUS, gaya jawapan macam HARAM lak.. Dunia akhir zaman... Segerakanlah kebangkitan ISLAM..
Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, June 1

Sape Nak Poligami??


Contoh surat rasmi utk permohonan poligami/tambah kuota

Suami bin Lelaki
Lot 1279, Jln Gajah,
Kg Kubu Gajah, 47000
Sg.Buloh, Selangor

Isteri binti Perempuan
Lot 1279, Jln Gajah,
Kg Kubu Gajah, 47000
Sg.Buloh, Selangor
21.5.2013

Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...
Sent from my BlackBerry® wireless device