Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Thursday, May 28

CINTAKAN TUHAN RAHSIA KEJAYAAN


Di dunia ini ada dua jenis pemimpin yaitu pemimpin dilantik Tuhan dan pemimpin yang dilantik oleh manusia dengan macam-macam cara. Ada secara demokrasi, ada secara diktator. Diktator adalah orang yang melantik dirinya sendiri dengan kekuatan tentera. Ada pemimpin warisan macam raja-raja.

Pemimpin yang dilantik oleh manusia, apa yang dibanggakan oleh pemimpin tu? Dapat bagi orang gaji, dapat naikkan pangkat orang, dapat menjadikan orang selesa hidup, dapat meningkatkan ekonomi manusia, dapat membuat jalan raya high way, dapat melakukan perubahan hidup pada manusia termasuk pemimpin yang mengaku islam. Kalau dia berjaya membuat apa yang disebut tadi, sibuklah mereka mengatakan, saya sudah berjasa.

Tapi pemimpin yang dilantik oleh Allah seperti rasul, lain sekali. Untuk mewujudkan benda-benda yang disebut tadi tidak perlu pemimpin. Tanpa pemimpin orang tetap cari makan. Ingin kawin apa fikir pemimpin? Ingin kawin lebih dari satu isteri, tak ada pemimpin lagi senang. Ada pemimpin susah, nak kawin banyak.

Pemimpin yang dilantik oleh Tuhan apa jasanya? Berbeza dengan pemimpin yang dilantik manusia, tapi orang tidak anggap ia berjasa. Orang islam yang sudah beratus tahun rusak, masih sembahyang, wirid, zikir, tetapi cara dia berfikir dan menilai jasa pemimpin yang yang Tuhan lantik untuk mendidik dia tidak tepat. Dia tak anggap sebagai jasa. Walhal pemimpin dari Tuhan membuat dua jasa besar, yang kalau dibanding dengan jasa pemimpin lantikan manusia, bagai langit dengan bumi
1. memberi Tuhan
2. memberi syariat Islam

Kita sudah tahu Tuhan, sudah bersembahyang, berpuasa. Siapa yang rasa besar mendapat orang yang sudah membagi Tuhan dan syariat Tuhan pada dia? Begitulah umat Islam, mereka tidak rasa besar jasa pemimpin yang datang dari Tuhan, sebab walhal dia sembahyang, berzikir, wirid. Kalau tidak dapat Tuhan, dia akan masuk neraka sekalipun banyak sembahyang? Sedangkan tidak dapat makan, tidak dapat nasi, tidak dapat roti, jalan raya, adakah Qur`an cakap akan masuk neraka? Tapi mengapa manusia tidak pandang besar jasa pemimpin yang kenalkan Tuhan dan syariat Tuhan?

Dari dua aspek ini, Tuhan lebih utama dari syariat, sebab itu Rasulullah SAW diutus untuk memperjuangkan dua hal ini dengan mengenalkan Tuhan terlebih dahulu. Kalau kita tengok ayat-ayat makkiah & madaniah, Tuhan bagi waktu ayat-ayat makkiyah selama 13 tahun untuk mempromosikan Tuhan. Padahal Tuhan satu subjek saja. Lojiknya setahun cukup. Sedangkan syariat, yang beribu ribu subjeknya, Rasulullah SAW promosikan hanya 10 tahun. Bahkan sembahyang yang merupakan ibadah asas, ibadah besar dari pada keseluruhan ibadah, hanya diperintahkan setelah 11tahun kerasulan. Perintah-perintah lain seperti haji, zakat datang berikutnya. Ambil perhatian, kerja memperkenalkan Tuhan. Rasulullah SAW ambil 13 tahun, sedang untuk syariat yang beribu selama 10 tahun. Tapi jangan anggap, Rasulullah SAW bagi Tuhan setakat akidah cukup makan, setakat kenal Tuhan cukup makan, akidah sifat 20, seperti Tuhan wujud, wujudNya tak ada pemulaan, tak ada yang menjadikan, dia tak perlukan makhluk. Kalau manusia kenal Tuhan macam itu saja, ini hanya untuk sahkan akidah atau tauhid. Itu akidah atau tauhid asas, sekadar manusia tidak jadi kafir. Kalau setakat itu, manusia belum rasa bahagia dengan Tuhan. Manusia belum rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Belum rasa hebat, rasa besar, rasa Tuhan segala-galanya. Manusia belum rasa lagi kalau ia tak dapat Tuhan, ia tak boleh hidup, tak selamat dunia akhirat.

Sudah beratus tahun umat islam dididik melalui sistem pendidikan yang mengajarkan tauhid yang paling rendah termasuk ulama dan orang-orang agama.Dengan tauhid paras itu manalah bahagia, tak merasa besarnya Tuhan, tidak merasa dapat Tuhan dapat segala-galanyanya, tidak sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan. Umat Islam malangnya sejak ratus tahun mengambil tauhid sekadar cukup makan, setakat tak jadi kafir. Padahal kalau kita baca ayat-ayat makiyah, cara Tuhan mengenalkan diriNya supaya manusia sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan, rasa bertuhan yang dalam, rasa dapat Tuhan dapat segala-galanya Mari tengok dalam Qur`an. Mula-mula saja Tuhan kata bumi ini Aku yang punya, hidup mati Aku punya, langit bumi Aku punya, dunia akhirat Aku punya. Aku yang menghidupkan, Aku yang mematikan. Aku yang membagi rahmat dan berkat, makhluk di langit dan bumi semua membesarkan Aku. Tuhan yang menaikkan dan menurunkan, Tuhan yang memuliakan dan yang menghinakan manusia, Tuhan yang menentukan seseorang ke neraka atau ke syurga, Tuhan yang menyusahkan dan menyenangkan dan macam-macam lagi Tuhan kenalkan dirinya. Begitulah Tuhan kenalkan dirinya.

Kalau kita baca ayat-ayat Makkiyah, dalam setiap ayat Tuhan memperkenalkan dirinya hinggakan sahabat cinta, takut dan mabuk dengan Tuhan. Akhirnya apa yang terjadi pada para sahabat? Mereka hanya takut dengan Tuhan, tidak takut miskin, tidak takut raja, tidak takut pada orang, tidak takut musuh, tidak takut dihina, tidak takut orang keji, tidak takut dibunuh orang. Mereka takut Tuhan saja.

Begitulah Tuhan saja yang mereka takuti dan cintai. Mereka tak cinta harta, isteri, pangkat dan jawatan. Walaupun mereka ada harta, ada pangkat, ada isteri, tapi tak masuk dalam hati. Yang ada dalam hati Tuhan saja. Selepas itu barulah Rasulullah SAW kenalkan syariat, sebagai cara hidup. Melalui syariat itulah mereka wujudkan rasa cinta dan takut mereka pada Tuhan. Kalau tidak ada syariat, maka tak ada cara untuk mewujudkan cinta mereka pada Tuhan. Melalui syariat yang berbagai-bagai bentuk itu, Tuhan tunjukkan cara bagaimana manusia hendak melahirkan cinta dan takut pada Tuhan. Itulah peranan tauhid dan syariat.

Selepas 13 tahun Rasulullah SAW mempromosikan Tuhan, datang takut dan cinta pada Tuhan yang tak berbelah bagi lagi. Selain Tuhan tidak lagi ditakuti dan dicintai. Maka berhabis-habisanlah para sahabat untuk memperjuangkan Tuhan. Tidak ada lagi kepentingan diri. Sebab itu, bila Tuhan isytihar melalui Rasulullah SAW, para sahabat sangat memberi perhatian, dan berlumba-lumba untuk membuat dan melaksanakannya. Waktu Rasulullah SAW masih hidup, belia sempat memberitahu bahwa Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan umat Islam. Selepas wafat saja Rasulullah SAW, sahabat meninggalkan rumah, meninggalkan anak isteri untuk membuktikan ucapan Rasulullah SAW itu. Mereka pergi berjuang untuk memprmosikan Tuhan ke Rom, Parsi dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.

Rasulullah SAW juga pernah berkata, lidah orang arab akan jadi lidah orang mesir. Mesir bukan lidah arab, lidah qibti. Ini seolah Rasulullah SAW memberi isyarat pergilah dakwah ke sana, promosi Tuhan di Mesir. Maka berebut-rebut sahabat pergi kesana. Bila mendengar dari Rasulullah SAW tuntutlah ilmu ke negeri cina. Sahabat faham ini isyarat dari Rasulullah SAW untuk membuka negeri cina, mempromosi Tuhan ke sana. Mereka pergi sampai ke negeri Cina.

Bila sahabat dengar, Islam akan bangun di akhir zaman kali ke-2 bermula dari Timur. Sahabat tidak tahu bila akhir zaman itu. Mereka tafsirkan 2 tahun atau 10 tahun lagi dari mereka. Rasulullah SAW sebut pemimpinnya PBT .
Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukun g) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai`ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji." (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Mendengar ucapan Rasulullah SAW ini, di zaman sahabat lagi sudah ada yang pergi ke timur sebab mereka tidak pasti bila akhir zaman itu, jangan-jangan di zaman mereka. Mereka mahu kebangkitan Islam itu berlaku di tangan mereka. Mereka mahu PBT itu terjadi di tangan mereka atau mereka dapat ikut PBT.

Bila sahabat mendengar dari Rasulullah SAW bahwa Konstantinopel akan jatuh ke tangan islam, selepas saja wafat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al Anshari yang berumur 80 tahun terus berangkat ke sana.

Ia berfikir jangan-jangan terjadi di tangan aku, walhal ia berlaku selepas 600 tahun. Itulah syariat untuk melahirkan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Itulah cara sahabat untuk melepaskan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Untuk itu mereka sanggup tinggalkan anak, isteri, harta dan sebagainya, sebab perasaan cinta dan takut Tuhan itu 100% dalam hati mereka.

Takut dan cinta umat Islam kepada Tuhan sudah menipis. Akidah umat islam sejak 700 tahun yang lalu sudah sekadar cukup makan. Umat islam pergi juga ke seluruh dunia macam sahabat. Kalau sahabat mempromosikan Tuhan, kita mencari sesuap nasi. Kita pergi ke London, ke Amerika, karena mencari makan. Kita pergi merata dunia untuk cari makan, untuk cari sesuap nasi walaupun jadi hamba orang. Kita gigih juga macam sahabat, susah macam sahabat, tinggal anak isteri, tinggal kampung halaman macam sahabat, tapi untuk cari makan. Sedangkan sahabat untuk mempromosi Tuhan supaya orang takut dan cinta Tuhan. Kita tidak, tak rasa hina kah? Kalau kita jadi tuan masih boleh tahan, tapi kita jadi hamba kepada musuh. Kita terhina, tapi kata tak apa yang penting boleh cari makan, setengah umat Islam jadi amah di rumah bukan orang islam, ada yang kena rogol.

Jadi rahsia sahabat, tabiin, tabiut tabiin sampai Tuhan serah dunia pada mereka adalah karena mereka buat apa saja, berjuang karena Tuhan, bukan karena cari makan. Kita lain, susahnya sama seperti sahabat, gigihnya sama, tinggal rumah, tinggal isteri sama, tapi sahabat karena cinta Tuhan, kita karena untuk cari makan, untuk nasi, untuk dunia. Sebab itu Tuhan hinakan kita. Umat Islam hina bukan saja di negeri orang, di negeri sendiri pun hina. Mengapa? Sebab mereka berjuang bukan karena Tuhan, tapi karena dunia.

Rasa cinta dan takut Tuhan yang mendalam merupakan rahsia mengapa sahabat, tabiin dam tabiut taibin begitu kuat hinggakan Tuhan serahkan dunia ini kepada mereka. Karena mereka mempromosi Tuhan, mereka menjadi orang Tuhan, maka Tuhan backing mereka. Tuhan serahkan dunia pada mereka, Tuhan jadikan mereka mulia, Tuhan jadikan bangsa lain di dunia ini duduk di bawah mereka.

Kalau kita ingin mengulangi sejarah mereka, kita mesti tukar cara kita berfikir dan berperasaan. Dari sibuk ke seluruh dunia untuk cari makan, diubah untuk mempromosi Tuhan. Tuhan akan bagi dunia ini pada kita.

Moga-moga kuliah ini menjadi pemangkin bagi kita untuk mengubah diri kita dari pada berjuang untuk cari makan, ditukar kepada berjuang mati-matian utk mempromosikan Tuhan. Semoga kita selamat dunia dan akhirat.

Sekian.

ASZ

ANTARA LOGIK DAN BENAR


RENUNGAN UNTUK MANUSIA YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:

OK: "Kenapa kamu wudhuk?
OM: "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK: " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: " Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku

OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.

OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.

OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan.

Tidak semua perkara yang logik itu benar

Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)

OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak

OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK. Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK. Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM.

Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR. Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.

*emel Siti Latifah

Tuesday, May 12

Kalau Kamu..


Kalau kamu punya seorang saja yang kamu benci
itu sudah terlalu banyak

Kalau kamu punya sejuta orang yang kamu sayang
itu masih terlalu sedikit

Nikmatilah hidupmu dengan saling menyayangi dan bersangka baik dengan orang lain
Karena sesungguhnya Allah itu Ar Rahman
DIA Maha Pemurah sekalipun kepada orang yang menderhakai- Nya

Jangan hancurkan hidupmu dengan membenci dan bersangka buruk terhadap orang lain
Karena sesungguhnya Allah itu Al Alim
DIA Maha Mengetahui sekalipun apa yang terlintas di dalam hatimu
Kalau kakimu sakit bersabarlah
Karena kesakitan itu hanya berbahaya untukmu di dunia

Tapi kalau hatimu sakit segeralah sembuhkan
Karena sakit hatimu itu bisa merusak hidupmu di dunia dan di akhirat

Benci, sakit hati, hasad dengki, sangka buruk itu seperti api dalam sekam
Bisa membakar seluruh hidupmu tanpa kau sedari
*Latifah Abdul

Monday, May 11

Usah Risau



Usah Gelisah ApabiLa DiBenci Manusia KeraNA Ramai Yang MenyayangiMu di Dunia, Tapi GeLisahLah ApabiLA di Benci Allah Kerana Tiada Lagi Yang MengasihiMu di AkhiRaT

Friday, May 8

LAGU WARISAN (SENIKATA ASAL)





Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah teruskan usaha

Melayukan gagah di nusantara

Melayukan Gagah di nusantara

Melayukan gagah di nusantara... ........

Lebih Baik..


Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat susah hendak menjaga daripada merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak di dalam, tiang nampak di luar bersih dan berkilat, di dalam penuh dengan bubuk dan ulat.

Wednesday, May 6

Mandi Songsang


Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut... Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN

1)Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.

2)Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.

3)Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.

4)Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.

5)Melancarkan perjalanan darah.

6)Menjadikan pengamal semakin pintar.

7)Meninggikan daya ingatan.

8)Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.

9)Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.

10)Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.

11)Memiliki daya ketahanan mental.

12)Menambahkan semangat berani.

13)Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

*Pak Belang

Friday, May 1

Puisi Si Nyata


kekalutan kita hanya

mengundang sesal dan duka

ributan gejolak rasa rasa

kekadang menepis semua kepatutan



kita suka mengejar sang pelangi

yang nampak indah tetapi

tangan menembus kala bersentuh

hilang dimata pabila terik

kekosongan ku sedar

tikanya sukar mampu jiwa

fahami lesu mendamba dunia

maya..

dusta dusta ini ingin ku tolak

walau hati berkocakan deras

mengaut segala lintuk- lintuk sedapan

aahhh...lelah cuma igauan ngeri

buat tangisan saat sendu

biarlah pergi kaseh si api

asal sayang ku dakap erat

DIA...

nukilan: Rizwanz

Lebih Suka


Rintihan hamba yang berdosa lebih Tuhan suka daripada tasbih para wali...