Me a Sunflower!

Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Monday, April 20

Anugerah Terindah

Rutin harian aku, bangun pagi subuh dan siap-siap untuk datang keje, Pagi ni ada pengalaman yang best sket pasal my son, Adam Daqiqi. Adam Daqiqi? Hehe, dah 6 bulan dah dia, kejap je rasa. Pada awal dia baby, senyap je, aku nak buat keje apa pun buatlah, janji dia kenyang. Tapi sekarangAdam lain sket, nak Mama dia 24 jam kat sisi dia, tak kiralah dia nak nyusu ke tak, bangun je mula lah dia stat ek.., ek... pas tu uwaaaaaaaaaa, sekarang lagilah, dah pandai dah berintonasi menjerit bunyi ala-ala panggil MAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Huh.. banyak2 je lah sabar.

Paling best pagi tadi, Adam masih tidur n aku lak kat bawah masukkan baju kotor dalam mesin, tiba-tiba dengar suara dia kat atas, cepat-cepat naik, risau takut dia jatuh dari katil. Risau tak risau Adam dah pernah jatuh pun.., nak nangis aku time tu walaupun takde bekas n dia pun langsung tak nangis, gentleman habis budak ni. Ok, punyalah best si Adam, bila aku masuk bilik tengok dia dan dia nampak aku masuk bilik, dia boleh berhenti nangis tiba-tiba n sambung tido balik, saje je..., aku pun pergilah dekat dia nak tukar pampers b4 hantar ke nursery, mak ai tak nak bangun beb, mata tak nak buka, aku cium2 banyak kali kat pipi dia, dia wat derk je kat aku, aku tau dia tak tidur tapi buat2 tido je.. . Humm, tapi bila aku bangun je dan pura-pura nak klua bilik dia buka mata pelan2 nak tengok aku ada ke tak, aku sembunyi belakang pintu n dia pun uwaaaaa... adoish.. saje je...

Adam.. Adam... kecik2 dah pandai mainkan Mama ek.. Saaaaaayangg Adam. Cepatlah besar n jadi anak soleh ya.. Aaaamiiin.

No comments:

Post a Comment