Me a Sunflower!

My photo
Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Wednesday, March 11

Bayar Tol Yang Sama 3 Kali Dalam Masa 30 Minit

Hari yang kelam kabut, ari ni aku jadi road runner, keluar rumah lambat..., padahal manjang lambat sejak dua menjak ni, teruk betul aku ni, baru je petang semalam aku berazam nak datang ofis awal dan siapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan, humm tapi yang jadiknya lambat jugak.... Itulah dia, kita manusia ni hanya merancang dan rancang, tapi Allah jua yang menentukannya. Lepas tol Bukit Jelutong Guthrie aku terfikir pasal apa yg tertinggal, dari keluar rumah lagi tak sedap hati, rasa cam ada barang tertinggal, um, cek punya cek.., memang adalah barang My Adam Daqiqi yang tertinggal, barang pentinglak tu, so nak tak nak aku kena patah balik, lambat pun lambatlah.

Adam yang dah tensen dok fikir2 kenapa perjalanan ke nursery hari ni jauh daripada biasa.

Aku buat U turn kat exit Bukit Jelutong, sampai kat persimpangan puncak Alam aku masuk situ, nak skip tol lah konon, sampai je depan sket dekat2 subang permai, cett! Jalan jem lah pulak! Huh, aku bagi signal cepat2 n terus u turn masuk Guthrie balik n kena lalu tol Bukit Jelutong tu lagi, n sampailah rumah. Untuk dtg keje balik kenalah lalu tol tu lagi untuk ke 3 kalinya... huhu.. Vavava.. syabbas bette.. syabbas! Tensen! tensen! last2 kul 10.30 baru aku sampai ofis, on the way tu Adam macam nak nangis dah.., yelah, cian dia, lamelak pagi ni dia terpaksa melepakkan dirinya di dalam bakul yang sumpah memang dah sempit sangat dah untuk my son yg semakin panjang tu..., sabar ye Adam, jap lagi sampailah nursery Adam.... Maaf ye, susahkan Adam pagi ni.

2 comments:

  1. Hehe.. comelnya Adam..!

    ReplyDelete
  2. adik kepada Mama AdamMarch 13, 2009 at 5:16 PM

    Mama kau memang cam tu Adam

    ReplyDelete