Me a Sunflower!

My photo
Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Friday, March 6

Adam 5 Bulan

Hari ni genap umur Adam lima bulan, kejap je rasa, tapi bila sape2 tgk Adam ni, dorang bajet umur Adam dah enam bulan ke atas, yang cakap Adam cam budak umur setahun pun ada. Dari Adam dalam pantang lagi cam tu, masa Adam dalam pantang, ramai cakap Adam cam dah dua bulan, masa dua bulan dorang kata Adam cam dah lima bulan, masa lima bulan gitulah.. Advance lak fizikal Adam ni, Ayah bagitau Adam besar ni, ikut Tuk Man (Atuk belah Ayah), Ayah tak perasan kot dia pun bleh tahan gak.. ekekeke (gelak gaya apa ntah) Mamalah suka gelak cam ni bila sms, haaa... ingat Adam tak tahu ke? Adam tahula..., hehehe.

Humm, ni cite sedih lak (macam lah tadi cite seronok sgt), dah beberapa malam dah tido Adam cam terganggu, tak boleh nak nyenyak sgtla.. dua malam lepas batuk tak henti2, tu yang tak boleh tidur, Adam tahu Mama susah hati tgk Adam, tapi nak buat macam mana, Tuhan menguji tidak akan berhenti, kita redha jelah, Adam ada ingat Mama bagitau apa2 pun berlaku walau sekecil-kecil perkara semua dalam pengetahuan Allah, semestinya ada hikmah dan maksud tersembunyi, untuk hapuskan dosa dan untuk meningkatkan darjat org2 mukmin, Adam harap Adam takkan lupakannya sampai bila2 dan menjadi penyuntik semangat Adam untuk menghadapi cabaran2 di hari mendatang.

1 comment: