Me a Sunflower!

My photo
Hausen, Frankfurt, Germany
unpredictable..

Wednesday, February 25

Apa Adam Nak Jadi Bila Besar Nanti...?

Testing..., testing...., soundcheck..., soundcheck..., hehe. Lama juga rasanya Adam diam dari blog Mama ni. Adam sekarang tak berapa sihat sket, selsema, batuk2 dan kadang2 muntah. Dah gi klinik dah, takpelah, adelah hikmah tu kan, pe yang Tuhan buat semua ada hikmah. Mama cakap Adam tak sihat sebab kifarah dosa-d0sa Mama. Adam siksa, Mama pun sama jugak turut siksa tengok Adam. Malam tadi Adam tidur dalam pukul satu lebih rasanya, best dapat main-main dan gelak2 dengan Mama, hehe.. Adam gelak tak ingat dunia malam tadi. Tapi dalam gelak-gelak tu ada benda penting yang Mama pesan untuk Adam bila besar nanti.

"Adam nak jadi apa besar nanti jadilah, tapi Adam kena jadi seorang manusia yang sentiasa ingat, takut dan cinta Tuhan, kalau engineer, engineer yang beriman, kalau menteri, menteri yang beriman, kalau doktor, doktor yang beriman, kalau saintis, saintis yang beriman, kalau angkasawan, angkasawan yang beriman, supaya nanti apa yang Adam buat semua dipimpin Tuhan dan mendapat keberkatan. Terima kasih Mama, Adam akan ingat selalu pesanan Mama. Adam sedar sangat dunia ini hanyalah jambatan untuk ke akhirat, so watpe nak lepak lama-lama kat jambatan kan, jambatan tempat untuk lalu je kan..? kan..? kan..?

Terima kasih juga buat Mama sebab hari2 Mama doakan Adam untuk jadi anak bijak dan anak soleh.

2 comments:

  1. Makcik angkat AdamMarch 12, 2009 at 5:23 PM

    All the best untuk Adam..

    ReplyDelete
  2. Kakak angkat adamApril 3, 2009 at 9:33 AM

    cam best je jadi adam..., nak jadi kakak angkat adam boleh?

    ReplyDelete